(SEMASA) Alami Kemeriahan Dance of Ahlan Wa Sahlan yang Mempersonakan di the Curve

Spread the love

 

PETALING JAYA, 8 Mei 2017 – Menjelang Ramadhan yang bakal tiba, masyarakat sudah mula merancang sambutan Hari Raya untuk diraikan bersama rakan taulan, keluarga dan insan teristimewa. Sehubungan itu, pada tahun ini the Curve akan meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan kempen Ahlan wa Sahlan to the Sheikh’s Manor.

Bermula dari 26 Mei hingga 27 Jun 2017, tarikan utama sambutan Hari Raya di the Curve adalah persembahan menarik Dance of Ahlan Wa Sahlan sebuah musikal kontemporari yang menggabungkan tarian pelbagai budaya. Bagi menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya, pengunjung pasti terhibur dan terpukau dengan koreografi yang lemah lembut serta alunan muzik rancak yang ditonjolkan sepanjang persembahan berkenaan. Pengunjung juga akan terpesona dengan kostum penari yang berwarna firus dan perak, diserlahkan lagi dengan hiasan berwarna emas.

Persembahan di the Curve Centre Court ini akan berlangsung dengan berlatarbelakangkan suasana keindahan seni bina Islam. Suasana perayaan terus diserlahkan dengan hiasan kubah setinggi 30 kaki berserta gerbang, tiang dan juga rekaan air pancut di tengah laman yang tentunya menjadi tumpuan. Pengunjung turut berpeluang menikmati keanggunan hiasan mozek bercorak geometri tradisional dalam rona firus, putih dan biru serta kerlipan lampu yang sinonim dengan suasana Hari Raya.

Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “the Curve dengan berbesar hati menyambut kehadiran bulan Ramadhan tahun ini menerusi penganjuran kempen Ahlan wa Sahlan to the Sheikh’s Manor. Kami berharap pengunjung akan menikmati sambutan Hari Raya di the Curve bersama insan tersayang lebih-lebih lagi melalui persembahan unik yang menghiburkan. Selain itu, ruangan Centre Court telah kami hiasi dengan sentuhan elemen seni bina Islam yang menggambarkan semangat sambutan Hari Raya dengan suasana yang ceria dan berwarna-warni, yang pastinya tidak akan dilupakan pada musim ini.”

Tambahan pula, pengunjung the Curve kini berpeluang menyaksikan persembahan Dance of Ahlan Wa Sahlan pada setiap hujung minggu sepanjang kempen itu berlangsung. Orang ramai juga dapat menyaksikan persembahan Jazzy Raya pada setiap Jumaat malam, serta persembahan Gambus Raya pada setiap hujung minggu, iaitu satu persembahan yang menggabungkan pelbagai alat muzik termasuk gambus, seruling, gitar, biola dan ukulele. Di samping itu, mereka yang ingin cuba menghasilkan seni kaligrafi Islam boleh mengambil bahagian dalam Bengkel Seni Khat yang diadakan pada setiap hari Sabtu sepanjang tempoh kempen.

Selain pelbagai aneka jualan yang terdapat di pusat membeli-belah the Curve, para pengunjung juga ditawarkan dengan bermacam pilihan daripada lebih 30 vendor yang menawarkan rekaan pakaian dan aksesori, hidangan sajian dan barangan kelengkapan lain bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya tahun ini.

Sepanjang kempen Hari Raya the Curve, pengunjung yang membelanjakan RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit layak untuk menebus paket duit Raya eksklusif. Sementara mereka yang berbelanja RM450 dan ke atas dalam dua resit boleh membawa pulang sebuah pinggan perayaan istimewa. Setiap penebusan adalah tertakluk pada terma dan syarat, serta sementara stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan sambutan Hari Raya the Curve tahun ini? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari laman web www.thecurve.com.my mahupun laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *