KUALA LUMPUR, 4 NOVEMBER 2025 – Setiap bulan November, rakyat Malaysia mula bersiap sedia untuk musim membeli-belah terbesar – dengan troli penuh, pelbagai tab dibuka, dan detik kiraan waktu yang berlalu dengan pantas. Tahun ini, Lazada Malaysia tampil bukan sekadar dengan tawaran menarik. Melalui kempen 11.11 “Tawaran Jenama Paling Manis Tahun Ini”, Lazada memastikan rakyat Malaysia boleh membeli-belah dengan yakin, dengan jenama tulen, inovasi pintar, dan ketenangan dalam setiap transaksi.
Membeli-belah dalam talian kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan cara rakyat Malaysia mengekspresikan diri. Menurut sebuah laporan Momentum Works, nilai keseluruhan eDagang di Asia Tenggara mencecah USD128.4 bilion pada 2024, meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Malaysia mencatatkan pertumbuhan tertinggi di rantau ini dengan peningkatan 19.5 peratus.[1] Pertumbuhan ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk perlahan. Pada Ogos 2025, Bernama turut melaporkan bahawa jumlah perbelanjaan dalam talian di Malaysia mencapai RM625 bilion hanya dalam separuh pertama tahun ini, naik RM13.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.[2]
Dengan kadar penembusan internet mencecah 98 peratus,[3] rakyat Malaysia boleh dianggap antara pengguna paling berhubung di Asia. Lazada berhasrat menjadi platform di mana pembeli dapat menikmati nilai dan jaminan sebenar, dengan jenama dipercayai, perlindungan telus, serta inovasi tulen yang akan memperkaya pengalaman membeli-belah.
Jutaan Jenama, Satu Destinasi Dipercayai
Lazada menghubungkan rakyat Malaysia dengan yang terbaik dari dalam dan luar negara, menampilkan jutaan jenama antarabangsa dan tempatan menerusi Jualan Mega 11.11, sekali gus mengukuhkan kedudukan LazMall sebagai destinasi utama untuk jenama tulen dan nilai terunggul.
“Di Lazada, kami sedang membina ekosistem eDagang yang lebih pintar dan inklusif, di mana setiap penjual, besar atau kecil, mempunyai peluang dan infrastruktur untuk berkembang,” kata Kaya Qin, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.
“Ia berasaskan kepercayaan dua hala antara jenama, penjual, dan pelanggan yang mempercayai mereka. Untuk 11.11 kali ini, kami ingin menunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia ini; kualiti dan keyakinan.”
Setiap produk di LazMall menampilkan tanda pengesahan rasmi LazMall, berserta jaminan ketulenan, waranti yang jelas, pembayaran selamat dan pilihan pemulangan yang mudah, termasuk Polisi Tukar Fikiran (Change-of-Mind) di mana berkenaan. Lazada turut menjamin setiap pembelian di LazMall, dengan bayaran balik sehingga lima kali ganda sekiranya produk yang dibeli di LazMall didapati tiruan, menjadikannya antara perlindungan pengguna paling kukuh di Asia Tenggara.
“Trend promosi harga murah semata-mata kini semakin kehilangan tarikan,” ujar Kevin Yap, Ketua Operasi Am, Lazada Malaysia. “Kami melihat pengguna Malaysia semakin bijak dan lebih menilai keaslian, kebolehpercayaan, serta polisi yang adil. Oleh itu, Lazada kini memberi tumpuan kepada tadbir urus jenama, inovasi AI, dan jaminan kualiti bagi membina kepercayaan serta kesetiaan jangka panjang.”
Gabungan Manis Antara AI dan Kepercayaan
Teknologi kini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih peribadi, dan AI Lazzie ialah tunjang transformasi ini. Dikuasakan oleh model bahasa besar Qwen dari Alibaba, AI Lazzie berfungsi sebagai rakan beli-belah maya yang membantu rakyat Malaysia mencari produk sesuai dengan gaya hidup mereka, membuat perbandingan pantas, dan membeli dengan lebih yakin.
Dalam kempen 9.9 baru-baru ini, AI Lazzie membantu meningkatkan pesanan sebanyak 36 peratus dan interaksi pembeli sebanyak 34 peratus, menunjukkan bahawa pengguna Malaysia menghargai pengalaman membeli-belah yang pintar dan mesra pengguna, bukan sekadar transaksi.
Kini, menjelang 11.11, Lazada memperkenalkan rangkaian lima ejen AI pintar yang akan berfungsi secara serentak bagi memastikan setiap pengalaman membeli-belah lebih lancar dan boleh dipercayai.
- Untuk Pembeli:
- AI Lazzie (Ejen Beli-belah): Rakan membeli-belah peribadi yang membantu pengguna mencari produk sesuai untuk gaya hidup mereka, membuat perbandingan serta-merta, dan melengkapkan pembelian dengan yakin.
- Di Sebalik Tabir:
- Ejen Pemulangan (Refund Agent): Mengurus proses pemulangan dan perkhidmatan selepas jualan dengan lebih pantas serta adil.
- Ejen Logistik (Logistics Agent): Mengemas kini maklumat penghantaran secara masa nyata supaya pelanggan sentiasa mengetahui status penghantaran pesanan mereka.
- Ejen Penyenaraian Produk (Product Listing Agent): Memastikan halaman produk lebih teratur, jelas dan mudah dilayari.
- Ejen Pemasaran (Marketing Agent): Menyusun tawaran yang disesuaikan dengan citarasa, masa dan tabiat pembelian pelanggan.
Gabungan ini menjadikan AI bukan sekadar sokongan teknologi di belakang tabir, tetapi ‘co-pilot’ pintar yang menggerakkan setiap klik, menjadikan pengalaman membeli-belah 11.11 di Lazada lebih lancar, selamat, dan menguntungkan bagi pengguna Malaysia.
Detik Manis Sebenar
Fokus Lazada tahun ini mudah: menjadikan setiap pembelian satu pengalaman yang meyakinkan. Di LazMall, setiap produk disahkan tulen, setiap transaksi dilindungi, dan setiap cadangan dipacu oleh inovasi yang direka untuk rakyat Malaysia. Jadi, apabila pembeli menuju ke LazMall (Lazada) sempena 11.11 ini, mereka akan menikmati keaslian, keselamatan, dan teknologi inovatif yang menjadikan setiap ringgit lebih berbaloi. Kerana detik paling manis bukan sekadar tentang berapa banyak anda jimat, tetapi tentang keyakinan anda semasa membeli.
[1] Momentum Asia, The Lowdown, 2024
[2] e-Commerce Revenue Hits RM625 Bln in The First Half of 2025 https://www.bernama.com/en/news.php/?id=2461289
[3] https://www.dosm.gov.my/site/downloadrelease?id=ict-use-and-access-by-individuals-and-households-survey-report-2024&lang=English&admin_view=

