Kuala Lumpur, Malaysia – Aveta Motor Malaysia dengan bangganya mengumumkan ketibaan model Vanguard 250 versi dipertingkatkan, bakal berada di pasaran seluruh negara bermula awal Mac 2026. Sejak diperkenalkan, Vanguard 250 telah menetapkan penanda aras baharu dalam kategori skuter 250cc. Dengan gabungan keselesaan tunggangan jarak jauh, reka bentuk berinspirasikan pengembaraan, serta praktikaliti harian, model ini berjaya melahirkan segmen Adventure Touring Crossover (ATC) di Malaysia menawarkan keseimbangan sempurna antara kegunaan harian dalam bandar dan perjalanan jarak jauh.
Sambutan pasaran terhadap Vanguard 250 amat menggalakkan. Selain pencapaian jualan yang kukuh, Vanguard turut membina komuniti penunggang yang semakin berkembang dan aktif di seluruh negara, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju segmen ATC.
Penambahbaikan baharu ini mencerminkan komitmen berterusan Aveta terhadap evolusi produk yang dipandu secara langsung oleh maklum balas para penunggang.
Dipertingkatkan Melalui Suara Komuniti Penunggang
Menerusi aktiviti konvoi komuniti, sesi pertemuan bersama pemilik, rangkaian pengedar serta maklum balas perkhidmatan selepas jualan, Aveta telah meneliti secara menyeluruh pandangan dan pengalaman sebenar penunggang Vanguard di seluruh negara. Input yang diperoleh daripada penggunaan harian dan perjalanan jarak jauh ini menjadi asas kepada setiap penambahbaikan yang diperkenalkan pada model terkini.
“Vanguard diperkenalkan dengan matlamat memperluaskan kemampuan sebenar yang boleh ditawarkan oleh sebuah skuter 250cc,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia. “Para penunggang bukan sahaja menyambut visi tersebut, malah membentuk sebuah komuniti yang kukuh di sekelilingnya. Dengan memberi perhatian yang mendalam terhadap maklum balas mereka, kami terus mempertingkatkan Vanguard serta memperkukuh lagi segmen Adventure Touring Crossover yang telah kami perintiskan.”
10 Penambahbaikan Utama
Vanguard 250 yang dinaik taraf ini hadir dengan pakej komprehensif 10 penambahbaikan, sekali gus meningkatkan tahap keselesaan, versatiliti dan keyakinan penunggang:
- Paparan Digital TFT 7” dengan Skrin Sentuh
Akses maklumat tunggangan yang lebih mudah dan intuitif untuk pengalaman lebih lancar. - Cermin Hadapan Boleh Laras Secara Elektrik
Memberikan tahap perlindungan angin yang lebih optimum bagi meningkatkan keselesaan tunggangan jarak jauh. - Reka Bentuk Suis Kawalan Baharu
Operasi yang lebih lancar dan intuitif ketika menunggang. - Pelindung Ekzos Dipanjangkan
Perlindungan haba yang dipertingkatkan untuk pembonceng bagi tahap keselamatan yang lebih baik. - Penutup Enjin Baharu
Memudahkan kerja penyelenggaraan dan meningkatkan kemudahan pemilikan. - Reka Bentuk Tapak Kaki Pembonceng Dipertingkatkan
Keselesaan dan kestabilan lebih baik untuk pembonceng. - Ruang Simpanan Bawah Tempat Duduk Dipertingkatkan
Ruang lebih praktikal dengan kapasiti memuatkan helmet full-face. - Reka Bentuk Tempat Duduk Baharu
Keselesaan lebih baik untuk perjalanan jauh serta memberi keyakinan ketika berhenti. - Penyerap Hentak Belakang Boleh Laras
Kestabilan tunggangan yang dipertingkatkan serta keupayaan menyesuaikan diri mengikut beban. - Sistem ABS dan TCS Boleh Tutup
Memberikan fleksibiliti yang untuk tunggangan lebuh raya serta pengembaraan ringan.
Tersedia dalam dua pilihan warna baharu, Nano Green dan Desert Bronze, Vanguard 250 yang dipertingkatkan ini terus mencerminkan visi Aveta terhadap pengembaraan yang lebih mudah diakses serta versatiliti untuk kegunaan harian.
Vanguard 250 yang dipertingkatkan ditawarkan pada Harga Jualan Asas RM16,688, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, dan akan mula tersedia di seluruh negara melalui pengedar sah bermula awal Mac 2026, seterusnya mengukuhkan komitmen Aveta terhadap inovasi, pembangunan komuniti dan peneraju segmen.

