(SEMASA) BAKAT MUDA MENYERLAH DENGAN INNERSHINE®

Spread the love

Photo 1

Pada awal tahun ini, InnerShine® Seri Singing Contest dilancarkan untuk memberi peluang kepada warga Malaysia untuk menunjukkan bakat menyanyi masing-masing demi merebut satu pengalaman yang menakjubkan – peluang ke sesi rakaman bersama komposer terkenal, Hadi Hassan!

The top 3 winners of InnerShine SERI Singing Contest Grand Finale

Peserta dikehendaki untuk mendendangkan lagu “Seri” yang telah dicipta oleh Hadi sebagai lagu tema komersial TV InnerShine®, yang menampilkan Kaka Azraff. Muzik video InnerShine® pula dibintangi oleh Kaka, Hunny Madu dan Marsha Milan.

10 calon berbakat telah dipilih daripada lebih 120 penyertaan di laman Facebook dan Instagram InnerShine Club dari seluruh negara. Mereka kini telah bersedia untuk memasuki pusingan akhir yang diadakan di The Curve, untuk menghadapi cabaran penentuan pemenang oleh enam orang hakim termasuklah Hadi, Kaka, Hunny dan Marsha serta Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang, dan juga wakil dari Watsons Malaysia, Hamilah Maningrum.

Setiap finalis akan mempersembahkan lagu “Seri” dengan cara tersendiri dan berikutan pengumuman keputusan hakim, pemenang Hadiah Utama akan memenangi pengalaman istimewa untuk membuat rakaman lagu tersebut dengan composer terkenal, Hadi, di samping membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu.

Hunny Madu, Kaka Azraff and Marsha Milan performing the SERI song at the event

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM3,000 dan RM1,500, di samping membawa pulang produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu. Para peserta yang lain turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai bernilai RM500 serta produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu setiap seorang.

InnerShine® Seri Singing Contest diadakan seiring dengan program detoksifikasi secara semula jadi yang turut disertai oleh Kaka, Hunny dan Marsha selama 12 hari untuk mendapatkan  paras kesihatan dan keserian wajah yang optima.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang mujarab serta harus diambil setiap hari untuk menyihatkan badan.

Setelah mengikuti program D’TOX selama12-Hari yang menakjubkan itu, badan saya kini berasa amat sihat dan wajah pun bertambah berseri,” ujar Kaka.

Diambil setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu akan bertindak untuk memulihara sistem badan sambil menyahtoksin untuk meningkatkan kesihatan.

Kandungan Vitamin C yang semula jadi daripada buah-buahan prun dan Camu-Camu membekalkan anti oksidan yang kuat bagi memerangi radikal bebas demi mengekalkan keanjalan kulit agar kelihatan sentiasa muda dan anggun.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua farmasi terkemuka seluruh negara dan ianya dijual dalam dua jenis pek 42g x 6-botol (RM23.50) dan 42g x 12-botol (RM45). Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S di 1-300-228-300, layari InnerShine Club di Facebook.

Senarai Nama Pemenang:

 

Tempat Pertama: Nor Azriani @ Jona Sony Saimin – Sabah

Tempat Kedua : Sunday Grace – Terengganu

Tempat Ketiga : Ariza binti Aljet – Sabah


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *