(SEMASA) BAYARAN LEBIH MUDAH DENGAN WECHAT PAY MY

Spread the love

Kuala Lumpur, 6 Disember, 2019 – WeChat Pay MY, fungsi pembayaran mudah alih WeChat, salah satu platform komunikasi sosial terbesar yang dimiliki Tencent, kini memberi penggunanya kemudahan membuat bayaran, sama ada di stor fizikal atau secara dalam talian.

Direka untuk pasaran golongan belia dan millennia yang terus-menerus berkembang dan berubah, pengguna kini boleh membuat bayaran dengan mudah menerusi WeChat Pay MY mereka, sama ada mengguna dana daripada e-dompet mereka yang sedia ada atau memilih fungsi yang baru diperkenalkan dengan membuat pautan secara terus melalui kad kredit pilihan mereka.

Dengan hanya beberapa langkah yang amat mudah, pengguna WeChat Pay MY sekarang boleh berbelanja dan membayar untuk belian mereka tanpa sebarang kerumitan.

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun WeChat Pay MY, anda boleh klik bahagian “Bank Cards” untuk mendaftarkan kad kredit pilihan mereka ke dalam app. Anda boleh mula melakukan bayaran terus daripada kad pilihan mereka melalui WeChat Pay MY selepas pendaftaran.

Untuk membuat bayaran, tekan ikon ‘Quick Pay’ untuk pergi ke gerbang bayaran. Apabila tertera sahaja kod QR, klik tab ‘Balance’ untuk senarai pilihan bayaran. Pilih kad kredit yang telah dipautkan dan seterusnya imbas kod QR anda. Transaksi akan ditolak secara terus daripada kad anda yag dipaut itu, manakala baki e-dompet kekal tidak berubah.

Ikut panduan langkah demi langkah yang dipaparkan:

Pengguna boleh memilih had bayaran RM250 sehari bagi setiap kad yang anda pautkan Fungsi kad kredit ini adalah antara banyak lagi fungsi baharu yang bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi ini dalam beberapa bulan akan datang.

Dengan bilangan peniaga dan pengguna WeChat Pay MY yang semakin bertambah seperti Sephora, Caring Pharmacy, dan The Alley, WeChat Pay MY kini ingin mempromosi gaya hidup digital yang selamat dan serba mudah di Malaysia.

WeChat Pay MY menghasratkan suatu gaya hidup yang serba mudah dan bermanfaat bagi pengguna dan juga peniaga. Dengan pengalaman, teknologi, dan keupayaan platform bayarannya, syarikat terus akan menawarkan pengguna suatu pengalaman bayaran bergerak yang menyenangkan kehidupan harian.

– TAMAT –


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *