(SEMASA) BERANI & BERSINAR: WMOTO RT1 DINAIK TARAF

Spread the love

PULAU PINANG, 13 OGOS 2024 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengeluarkan edisi terkini WMOTO RT1 yang mengalami perubahan dari segi penampilan. Perubahan ini dibuat untuk memberi pilihan di samping memenuhi citarasa peminat skuter yang menginginkan penampilan yang bergaya dan anggun. WMOTO RT1 juga mempunyai penambahbaikan daripada ciri spesifikasi teknikal yang asal.

 

WMOTO RT1 kini dinaik taraf kepada warna dan grafik (C&G) yang baharu. Warna pilihan yang ditawarkan adalah cukup menarik, seiring dengan tema skuter ini iaitu White, Sky Blue dan Matte Red. Warna dan grafik (C&G) baharu yang digunakan pada WMOTO RT1, kelihatan lebih kemas dan menarik. Mforce juga mengekalkan harga asas WMOTO iaitu RM 9,888.00, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Bukan sahaja perubahan warna dan grafik (C&G), WMOTO RT1 juga mempunyai penambahbaikan  dengan adanya port pengecas USB yang disediakan berdekatan poket simpanan hadapan untuk memudahkan penunggang mengecas peranti elektronik semasa menunggang.

Dengan menggunakan enjin 149.3cc, silinder tunggal, 4-lejang, ianya mampu menghamburkan kuasa maksimum 11.5Kw pada 8,000rpm dan tork maksimum 14.5Nm pada 6,750rpm. Dengan ciri-ciri yang menarik, semestinya WMOTO RT1 mampu memenuhi citarasa dan keinginan peminat-peminat skuter terutamanya.

WMOTO RT1 menampilkan nilai eksklusifnya apabila menggunakan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan panel meter jenis TFT. Untuk sistem TCS, ia sangat berfungsi untuk menjamin keselamatan penunggang di mana ianya untuk mencegah tayar motosikal dari tergelincir ketika menunggang terutamanya atas jalan raya yang licin akibat hujan.

WMOTO RT1 didatangkan bersama kamera papan pemuka hadapan dengan kualiti setinggi 1080p di mana para penunggang dapat merekod perjalanan mereka dengan lebih jelas. Selain itu juga,   skuter ini menggunakan sistem kunci pintar yang mudah digunakan untuk menghidup dan mematikan enjin.

Terdapat juga sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk meningkatkan tahap keselamatan tambahan pada model WMOTO ini. WMOTO RT1 menggunakan sistem pencahayaan LED penuh pada lampu hadapan dan juga belakang serta mempunyai reka bentuk yang tajam menjadikan ianya kelihatan lebih kemas.

WMOTO RT1 kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian mana-mana model WMOTO RT1, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *