22 Oktober 2025 – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini memperkenalkan penampilan baharu model RS-X Winner dalam warna ikonik Honda Tricolor kepada umum sempena acara julung kali Honda Thanks Day. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran pelumba MotoGP Honda, menambah sentuhan eksklusif dan semangat perlumbaan kepada acara tersebut. Reka corak menarik ini memberi penghormatan kepada legasi sukan permotoran Honda yang penuh kebanggaan, melambangkan semangat kelajuan dan persaingan sejati.
Untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, RS-X Winner Tricolor Edition didatangkan dengan aksesori premium RCB, dan terhad kepada hanya 800 unit di seluruh Malaysia, yang dilengkapi dengan:
• RCB Brake Caliper S-26 Series (Edisi Ulang Tahun ke-30)
• RCB Handle Grip Nagamaki
• RCB Lever Guard
Selain penampilan baharu dan aksesori eksklusif, model edisi khas ini turut menawarkan nilai tambah dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu), serta perlindungan tambahan selama 1 tahun tanpa had perbatuan di bawah kempen Honda X-tend, tanpa sebarang caj tambahan. Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2025.
RS-X Winner Tricolor Edition dijangka mula berada di semua pengedar IMPIAN X dan wakil sah Honda di seluruh negara mulai 1 Disember 2025, pada harga RM10,298.00 (Harga Cadangan Runcit – tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
Bagi mereka yang menggemari gaya yang lebih menonjol, warna Kuning (Yellow) khas masih ditawarkan dengan tona cerah yang menyerlahkan kuasa dan keyakinan, turut dijual pada harga RM10,298.00. Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan runcit (RRP) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Sementara itu, bagi penunggang yang lebih menggemari gaya klasik, pilihan warna standard Hijau (Green), Kelabu Matte (Matte Gray) dan Biru (Blue) masih dikekalkan pada harga RM9,998.00.
Mengenai Honda RS-X Winner
Honda RS-X Winner dikuasakan oleh enjin 150cc DOHC 6-kelajuan dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan 11.8 kW pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), model ini menggabungkan prestasi mantap dengan kecekapan bahan api tinggi serta pelepasan emisi yang rendah.
Bagi kawalan yang lebih baik, sistem Assist & Slipper Clutch membantu mencegah tayar belakang tergelincir, manakala Suspensi Monoshock memastikan tunggangan lebih stabil dan selesa. Keselamatan dipertingkatkan dengan sistem brek ABS untuk roda hadapan, memberikan kestabilan dan keyakinan tambahan kepada penunggang.
Ciri-ciri lain termasuk:
-
Sistem Kunci Pintar (Smart Key System) dengan fungsi Anti-kecurian dan Answer Back
-
Port pengecas USB kalis air untuk kekal berhubung sepanjang perjalanan
-
Sistem pencahayaan LED sepenuhnya (All-LED Lighting System) bagi pencahayaan lebih terang dan tahan lama
-
Reka bentuk Aggressive Sports Styling dengan ekzos sporti dan rim aloi baharu yang aerodinamik
-
Reka bentuk suis pemegang berasingan (Separate Handle Switch Design) untuk kawalan lebih mudah
-
Sistem rantai tertutup O-ring yang meningkatkan ketahanan dan mengurangkan penyelenggaraan
Disahkan dengan penarafan 5-Bintang di bawah Program MyMAP, RS-X Winner menampilkan gabungan sempurna antara kuasa, gaya dan keyakinan pada setiap tunggangan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi IMPIAN X di https://boonsiewhonda.com.my/product/rs-x-winner/ atau kunjungi pengedar Honda Impian X yang berhampiran. Pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol di 1-800-88-3993.
