(SEMASA) BREEZE BEKERJASAMA DENGAN ATLIT PARALIMPIK ZIYAD ZOLKEFLI UNTUK MEMBAWAKAN KEGEMBIRAAN KEPADA KANAK-KANAK BERLAINAN UPAYA SEMPENA HARI RAYA

Spread the love

Kuala Lumpur, 2 Jun 2017 – Buat kali kedua, Breeze menjadikan bulan Ramadan sebagai masa untuk memberi dan berkongsi. Pada tahun ini, Breeze bekerjasama dengan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Ziyad Zolkefli, untuk mengumpul sumbangan bagi kanak-kanak berlainan upaya. 

Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli baju Raya baru dan dihadiahkan kepada kira-kira 60 kanak-kanak serta membekalkan bahan bantuan mengajar baru untuk dua buah rumah kanak-kanak berlainan upaya.

“Kami yakin kempen Ramadan tahun ini akan mononjolkan sifat prihatin rakyat Malaysia antara satu sama lain. Ziyad yang berkongsi cerita inspirasi beliau dalam video digital telah membuktikan bahawa cabaran boleh diatasi dengan keazaman, kesungguhan dan sokongan. Justeru, pada Ramadan kali ini, kami memberi keutamaan kepada kanak-kanak yang berlainan upaya dengan menghadiahkan baju Raya baru dan juga alat bantuan mengajar agar mereka menjadi lebih cemerlang,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Pada kempen Ramadan Breeze yang bermula pada 26 Mei 2017, Breeze akan menderma RM1 bagi setiap pembelian pencuci pakaian Breeze. Sumbangan ini akan digunakan untuk membeli baju Raya baru dan alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak berlainan upaya. Untuk terma dan syarat, sila layari www.ulmhomecare.com.my.

Video kempen Ramadan Breeze memaparkan perjalanan Ziyad sehingga menjadi seorang atlet Paralimpik. Video itu turut menunjukkan keluarga dan orang di sekelilingnya yang memainkan peranan penting kepada kejayaan beliau. Video ini boleh ditonton bermula pada 26 Mei 2017, di laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia.

Ziyad menjadi kebanggaan rakyat Malaysia apabila memenangi pingat emas dan mencatatkan rekod dunia baru dalam acara lontar peluru di Sukan Paralimpik di Rio, Brazil.

Ziyad yang dahulunya menjual kuey teow sebelum melonjakkan dirinya menjadi salah seorang atlet Paralimpik tersohor di Malaysia berkata, “Tiada sebab untuk saya tidak bersyukur, menjadi lebih optimistik dan bersemangat waja sepertimana saya hari ini. Saya merasa sungguh bertuah kerana sepanjang perjalanan kerjaya, saya dikurniakan dengan orang-orang yang sentiasa percaya dan menyokong saya. Kejayaan saya adalah atas sokongan mereka. Hari ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang berlainan upaya seperti saya di mana kita boleh mencapai impian dan menjadi sesiapa sahaja yang kita inginkan dalam hidup seandainya kita meletakkan sepenuh jiwa dan raga untuk mencapainya.”

“Kami amat berbangga kerana Ziyad sudi bekerjasama dengan kami untuk kempen ini. Kami mahu menunjukkan bahawa di sebalik setiap kotoran, pastinya ada kejayaan dan Ziyad adalah buktinya. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneroka bakat mereka, berseronok dan mencapai impian mereka dengan bimbingan dan sokongan daripada ibu bapa masing-masing. Ziyad adalah seorang individu yang boleh dijadikan contoh dan kisah kejayaannya boleh dijadikan inspirasi, terutamanya kepada kanak-kanak yang berlainan upaya,” kata Vincent.

Baju Raya untuk kanak-kanak serta alat bantuan mengajar untuk rumah kanak-kanak berlainan upaya ini akan diserahkan pada bulan Jun sebelum sambutan Hari Raya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen ini, sila layari laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia atau layari www.ulmhomecare.com.my.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *