(SEMASA) “My Sucre Story” – Buku resipi pertama tulisan Dato’ Fazley Yaakob memenangi tempat pertama di anugerah buku resipi antarabangsa.

Spread the love

Paris Launch 2Penyanyi-pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul “My Sucre Story” pada bulan Mac 2016 di Singapura, dan sebelumnya pada bulan Oktober di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris tempat pengajian beliau sebelum ini.
Singapore Launch 1Kini “My Sucre Story” telah menerima tempat pertama dalam sebuah pertandingan buku resipi antarabangsa anjuran Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding. The World Gourmand Cookbook Awards ini seumpama upacara Oscars dan Olympic untuk para penulis-penulis buku masakan.

640_JudyAnn_2016_06_01_14_33_43Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori “Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe” atau Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah, mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk 3 tempat teratas.

Paris Launch 4Ketiga-tiga penerima anugerah ini merupakan chef personaliti terkenal di negara masing-masing. Tahun ini, pengumuman untuk pertandingan ini diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana. Pertandingan “Gourmand World Cookbook Awards” bermula pada tahun 1995 memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti. Pengumuman
pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, kota Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol. Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.

Paris Launch 3Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku “My Sucre Story” adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi. Diantaranya merupakan resipi-resipi warisan Negeri Sembilan, tempat lahir Dato’ Fazley Yaakob. Buku ini juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan baking untuk kali pertama.

‘My Sucre Story’ adalah keluaran MPH Publishing.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *