(SEMASA) Butik Terbaru Longines di Suria KLCC: Terokai Keanggunan Horologi yang Tiada Tandinganya

Spread the love

image_01cropgmo

Longines, pembuat jam tangan Switzerland yang terkenal dengan keanggunan, tradisi dan prestasi, menjemput para penggemar dan pengumpul jam merasai keanggunan horologi yang tiada tandingan dengan pembukaan butik keduanya di Malaysia di Suria KLCC. Ia merupakan sebuah butik francais yang diuruskan oleh Cortina Watch Malaysia.

Terletak di lot 128A Aras Satu pusat membeli belah berprestij itu, pintu masuk butik yang memaparkan logo gelas masa bersayapnya menyampaikan keindahan yang berada di dalam.

Sejajar dengan reka bentuk estetik butik-butik kemegahannya di seluruh dunia, keindahan butik terbaru ini juga cukup terserlah dengan bahagian dalamannya diperkemaskan dengan bahan tradisional halus seperti panel kayu berlakuer, kulit yang digilap, marmar berkilat dan lekapan-lekapan yang dipilih khusus bagi menghasilkan ruang lingkup penuh kemesraan yang melengkapi keunggulan jam tangan Longines.

Aliran reka bentuk pintu masuk butik yang kecil bukan sekadar cantik dipandang, malah menarik perhatian pengunjung kepada koleksi Longines yang bermutu tinggi sebelum laluan tirus membawa para tetamu ke ruang VIP yang memaparkan visual sejarah syarikat.

Reka bentuk butik tersebut berinspirasikan jam tangan Longines klasik, dengan dinding melengkung dan ruang pameran disusun secara lurus. Tali jam tangan menjadi sumber inspirasi kepada laluan tirus yang mempunyai ruang-ruang paparan berlekuk. Reka bentuk ini kemudian melebar menjadi satu bilik bulat seperti bekas kaca sebuah jam tangan lengkap bersama rangka, skru kadar dan muka jam bersama baton yang membentuk siling. Dari kedudukan ini, para tetamu boleh menikmati pemandangan koleksi semasa dan klasik dari Longines. Ruang ini menirus semula dengan beberapa lagi almari kaca dan paparan bebas.

Set pilihan warna mahogani, krim, hitam, keluli tahan karat berberus dan banir tiang putih halus merangkul jam-jam terpilih daripada koleksi Longines, membolehkan hasil-hasil seni yang begitu indah ini dilihat dengn jelas.

Suasana di butik ini merupakan jelmaan wawasan Longines, Elegance is an Attitude.

Pembukaan butik kedua Longines di Malaysia dalam tempoh dua tahun mencerminkan komitmen jenama tersebut kepada penggemar dan pengumpul jam di Malaysia.

Butik kedua Longines membolehkan tetamu benar-benar menikmati pengalaman Longines yang merangkumi hasil ketukangan yang tiada tolok bandingnya dalam persekitaran anggun yang kontemporari dan mesra.

Dengan setiap pembukaan butik terbarunya, Longines memaparkan aspek-aspek berlainan menepati kepatuhannya kepada keanggunan dan inovasi berterusan serta mempersembahkan nilai-nilai jenama dan pengalaman 182 tahun menjalin keanggunan dengan inovasi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *