Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 – Adakah anda berjiwa pemurah? Umum lazimnya beranggapan bahawa rakyat Malaysia bersifat prihatin dan pemurah, dan itu harus menjadi kebanggaan kita.
Namun, dalam mengharungi kesibukan harian, mungkin lumrah untuk kita mengaitkan sifat pemurah itu dengan kebaikan yang dilakukan secara besar-besaran sahaja, sehingga kita terlupa sekecil-kecil kebaikan itu juga mampu mengukir senyuman insan tersayang. Setiap hari, ada sahaja peluang untuk kita membahagiakan keluarga, rakan, bahkan orang yang tidak dikenali. Jadi, sejauh mana anda harungi untuk mengukir senyuman yang tersayang?
Justeru, Cadbury Dairy Milk Malaysia melancarkan kempen “Untukmu, Ku Akan” bagi meraikan sifat pemurah rakyat Malaysia dalam melakukan sekecil-kecil kebaikan yang mampu mengeratkan hubungan sesama kita. Inilah sebahagian daripada komitmen berterusan Cadbury Dairy Milk untuk memupuk semangat memberi dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk sama-sama mengekspresikan janji “Untukmu, Ku Akan”.
Tidak kiralah sekecil mana sekalipun ‘pengorbanan’ itu, seperti tidak keluar rumah untuk meluangkan masa bersama atuk dan nenek yang tercinta, atau mengurangkan masa melayari media sosial untuk membantu adik menyiapkan kerja sekolah. Ia juga semudah membancuh secawan kopi panas untuk rakan sekerja yang kelihatan letih, atau menemani insan tersayang menghadiri sesuatu acara walaupun ia membosankan.
Mei Sin See, Pengarah Pemasaran Mondelez Malaysia, Singapura berkata, “Sifat pemurah membentuk asas komuniti yang kukuh dan menyatupadukan kita semua. Menerusi kempen ‘Untukmu, Ku Akan’, kami ingin meraikan kebaikan yang sedia tertanam dalam masyarakat kita dan membudayakan keprihatinan terhadap orang lain. Sama ada mengorbankan masa kita, melakukan sesuatu perkara bermakna untuk orang lain, ataupun keluar dari zon selesa kita untuk mengukir senyuman mereka, sekecil mana sekalipun kebaikan yang dilakukan, ia mampu mencetuskan kegembiraan dan perubahan yang bermakna dalam kehidupan kita serta orang di sekeliling kita. Kami percaya bahawa ada banyak lagi kebaikan yang sedia untuk dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia.”
Laman khusus kempen (Cadbury.com.my/messages) membolehkan rakyat Malaysia berkongsi cara mereka membahagiakan orang lain dengan mengekspresikan janji ‘”Untukmu, Ku Akan” secara terus pada bungkusan coklat Cadbury Dairy Milk untuk insan-insan tersayang.
Cadbury Dairy Milk juga telah menghasilkan satu siri filem pendek dan papan iklan yang memaparkan senario cara rakyat Malaysia membahagiakan antara satu sama lain bagi mencetuskan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk turut sama bermurah hati. Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, beberapa pempengaruh popular juga akan membuat komitmen mereka bagi menginspirasikan penonton untuk meluangkan masa dan mengeratkan silaturahim dengan insan-insan tersayang.