Pada Anugerah Simplot – pertandingan Malaysia’s Best Home Chefs, seramai lapan daripada chef terbaik di Malaysia dengan resipi paling kreatif, menyelerakan dan lazat menggunakan Simplot Hashbrown telah bertanding untuk meraih hadiah bernilai RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan peralatan dapur Philips.
Simplot, antara penanam, pengeluar dan pembekal kentang terbesar di dunia, menganjurkan pertandingan masakan tersebut sempena program anugerah tahunannya yang bertujuan mengiktiraf chef di rumah dan penulis blog makanan atas bakat mereka dalam mencipta hidangan baru menggunakan Simplot Hashbrown yang serba guna ini.
“Kami gembira dapat menganjurkan anugerah Simplot tahunan kami yang kedua. Tahun ini, kami memberi peluang kepada chef di rumah iaitu golongan inilah sasaran produk ciptaan kami, untuk membantu mereka menyediakan hidangan lazat untuk keluarga. Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu untuk mencipta hidangan yang pantas, mudah dan menyelerakan. Kentang hashbrown dan boleh dinikmati seisi keluarga untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam atau bila-bila masa saja,” kata Ong E-Laine, Pengurus – Pemasaran Komersil, Asia Tenggara.
Simplot Hashbrown menjadi kegemaran kerana rasa, tekstur dan kerangupannya, Itulah jua yang membuatkan Simplot Hashbrown sering disediakan sebagai pilihan ruji untuk hidangan sarapan. Diperbuat daripada kentang sebenar, Simplot Hashbrown mengubah gaya masakan apabila ibu-ibu moden mengetengahkan makanan ruji sejuk beku ini sebagai bahan serba guna yang mudah disediakan untuk menghasilkan sajian berserta tambahan rasa dan tekstur.
Kentang hashbrown boleh digunakan sebagai bahan utama dalam kebanyakan hidangan. Ia boleh dijadikan inti karipap, samosa, bergedel, kentang goreng atau ditambah ke dalam kari, dan hidangan tumis bersama daging dan sayur-sayuran. Ia mudah dan menjimatkan masa berbanding penggunaan kentang mentah dan hashbrown menambah kerangupan dalam sajian.
Dalam usaha mencipta hidangan yang lebih menyihatkan dan berkhasiat untuk seisi keluarga, Simplot bekerjasama dengan Philips menggunakan Philips Air Fryer dalam pertandingan anugerah tersebut. Para peserta menggunakan Philips Air Fryer untuk menyediakan resipi menggunakan Simplot Hashbrown yang memberikan kentang hashbrown tekstur kekuningan yang rangup sempurna tanpa menggunakan minyak.
Lapan peserta akhir yang bertarung pada Anugerah Simplot – Malaysia’s Best Home Chefs dan sajian mereka: –
- Faiz Faizal dengan sajian Simplot Mini Hashbrowns Nyonya’s Otak-Otak
- Falihin Jasmin dengan sajian Bingka Hashbrown
- Jameela Noor dengan sajian Chicken Pepper Fry With Simplot Hashbrown
- Poongavanammal Sinnarajoo dengan sajian Hashbrown Tosai dan Hashbrown Curry Dhal
- Sidney Kan dengan sajian Simplot Hashbrown Pancake Top with Basil Chicken
- Vivianne Loo dengan sajian Stir-Fried Ketupat and Simplot Hashbrown
- WenQi Wong dengan sajian Simplot Hashbrown “Taro” Cake
- Zareena Omar dengan sajian Simplot Seafood Chowder
Pertandingan masakan itu dimeriahkan dengan kehadiran Chef Wan yang begitu popular sebagai hakim. Beliau disertai oleh Chef Poobalan dan E-Laine Ong dari Simplot.
Hadiah-hadiah terdiri daripada wang tunai RM5,000, Philips Air Fryer dan beg cenderahati Simplot untuk juara; wang tunai RM3,000, Philips Induction Cooker dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang tempat kedua; dan wang tunai RM2,000, Philips Table Grill dan beg cenderahati Simplot untuk pemenang hidangan ketiga terbaik. Lima hadiah saguhati terdiri daripada Philips Steamer dan beg cenderahati Simplot setiap seorang. Semua peralatan dapur Philips berkenaan adalah tajaan Philips.
Simplot Hashbrown terdiri daripada empat jenis produk kentang hashbrown termasuk produknya yang begitu laris iaitu Simplot Hashbrowns Original, Simplot Triangle Hashbrown, Mini Hashbrowns dan Popcorn Hashbrowns. Selain merupakan produk tanpa kolesterol, Simplot Hashbrowns tidak mengandungi sebarang perasa, pewarna atau pengawet tiruan. Ia juga tidak mengandungi lemak tepu.
Untuk maklumat lanjut mengenai Simplot Hashbrown dan resipi, layari www.facebook.com/SimplotAward dan Instagram @SimplotMY.