(SEMASA) CITARASA WARISAN @ PWTC 2019

Spread the love

Ramadhan al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini.

Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75.00 seorang.

Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bemula dari jam 6.00 petang.

Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, lsyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu.

Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.

Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, ried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi.

Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, “mousse & pudding’, 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.

Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat ‘Carving Station’ yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos Iada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.

Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar ‘Early Bird’ di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75.00 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019.

Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-2614 6701 / 6702. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.

#pwtc #putraworldtradecentre #bukapuasa #juadahberbukapuasa #bukadimana #citarasawarisanpwtc #bufetramadan #ramadanmenu #ramadhanbuffet #ramadanfeast #ramadanmubarak #ramadan2019 #makanankampung #allyoucaneat #earlybirdvoucher #iftarideas #malaysiancuisine #iftar2019 #malaysianfavourites #iftar


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *