Coca-Cola Collectors Fairkembali tahun ini dengan bilangan kolektor yang mengambil bahagian dua kali ganda lebih daripada acara pertamanya 4 tahun lalu. Pesta tahun ini menyaksikan penyertaan 60 kolektor hebat, bukan sahaja dari Malaysia tetapi sejauh Amerika Syarikat, Sepanyol, Itali dan negara Asia Tenggara yang lain.
Coca-Cola Collectors Fair pertama diadakan pada 2011 dan kini telah berkembang menjadi satu acara tahunan untuk para kolektor hebat dan beribu-ribu orang ramai melihat, membeli dan bertukar-tukar barangan Coca-Cola.
Barangan Coca-Cola yang unik dan susah untuk didapati, seperti tin dan botol Coca-Cola edisi terhad, poster retro, set peringatan, magnet peti sejuk, pembuka botol, dan patung polar bear, telahdi dikumpul dengan penuh kasih sayang dan dipamerkan pada acara tersebut. Sesetengah daripada bahan pameran diberikan sebagai hadiah kepada para pengunjung.
Sebagai penaja rasmi 2014 FIFA World Cup Brazil™, Coca-Cola Collectors Fair tahun ini turut bertemakan permainan bola sepak. Para pengunjung akan dihiburkan dengan pameran tema istimewa ini dan mengambil bahagian dalam aktiviti mencuit hati seperti “face painting” serta membawa pulang lukisan karikatur anda.
Pengunjung juga dapat merasai sedikit budaya Brazil anjuran Kedutaan Brazil pada waktu pagi, seperti persembahan capoeira, satu seni mempertahankan diri yang menggabungkan unsur-unsur tarian dan akrobatik.
Coca-Cola Collectors Fair 2014menyampaikan pameran barangan Coca-Cola yang istimewa dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan pada hari Sabtu, 10 Mei, bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam di Tingkat Lower Ground, Berjaya Times Square, yang sekali lagi penaja lokasi rasmi bagi acara ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi terbaru, sila layari www.berjayatimessquarekl.com atau Facebook di BerjayaTimesSquareKL.