(SEMASA) COLD STORAGE BAWAKAN BON ODORI KEPADA PENGUNJUNG

Spread the love

????????????????????????????????????

PETALING JAYA, 3 September 2015: Cold Storage, pasar raya yang terkenal dengan makanan berkualiti tinggi dari seluruh dunia, telah membawakan Bon Odori, pesta tarian kebudayaan dan festival makanan yang termasyhur dari Jepun, ke sebuah pusat membeli-belah tempatan untuk dinikmati oleh warga kota.

????????????????????????????????????

Bertempat di ruang legar Oval Pusat Membeli-Belah One Utama, rakyat Malaysia dapat menikmati pelbagai aspek kebudayaan masyarakat Jepun, bersama-sama dengan lebih daripada 1,000 jenis produk makanan, kuih-muih dan juadah istimewa dalam keselesaan pusat membeli-belah.

Bercakap di majlis pelancaran acara lima hari itu hari ini, Angus Gore-Andrews, Pengurus Besar Pasar Raya Cold Storage berkata: “Sebagai salah sebuah pasar raya pertama di Malaysia, atau lebih tepat lagi, Tanah Melayu pada ketika itu; Cold Storage memang terkenal dengan produk segar dan berkualiti, yang diimport dari seluruh pelusuk dunia sejak dahulu lagi.

Reputasi ini adalah hasil usaha beberapa dekad kami dalam memenuhi keperluan masyarakat global bukan hanya terhadap makanan segar tetapi juga barangan runcit yang diimport dan makanan tempatan, tidak kira dimana jua,” “Kami juga sedar, menawarkan hanya makanan tempatan kepada para pelanggan adalah tidak mencukupi. Setiap komuniti mempunyai perayaan mereka sendiri yang datang dengan makanan istimewa dan amalan kebudayaan yang tersendiri. Selama beberapa tahun, kami telah memuatkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan perayaan ke dalam kalendar tahunan kami bagi meraikan kepelbagaian pelanggan kami. Pesta Makanan Jepun Cold Storage kali ini, yang diadakan bersempena dengan Obon atau Festival Bon, adalah salah satu daripadanya,” jelas beliau.

????????????????????????????????????

Festival Bon Odori, secara tradisinya diadakan untuk memberi penghormatan kepada nenek moyang, telah diraikan di Jepun lebih daripada 500 tahun. Sambutan bercirikan karnival itu berlangsung selama tiga hari disambut antara bulan Julai dan September, di kawasan-kawasan berbeza di Jepun.

Ia merupakan satu acara lengkap buat seisi keluarga dengan aktiviti-aktiviti tradisional dan moden seperti tarian, nyanyian dan persembahan kostum, serta pelbagai permainan popular masyarakat Jepun. Acara ini turut menampilkan gerai makanan dan minuman Jepun, dan lain-lain seni persembahan dan demonstrasi rakyat Jepun.

Untuk pesta makanan itu, produk makanan dan manisan Jepun yang diimport termasuk keropok beras, teh hijau, gula-gula serta bahan-bahan masakan seperti rumpai laut, miso dan rempah ratus. Bersempena dengan sambutan musim perayaan Jepun, pelbagai barangan istimewa telah dibawa masuk dari Hokkaido dan Shizuoka, di antara pelbagai produk edisi terhad yang lain


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *