Kuala Lumpur, 9 Disember 2016 – Dove Hair Fall Rescue mahukan semua wanita untuk ‘Count on Dove’ bagi menyelesaikan masalah rambut gugur mereka dengan rangkaian produknya yang mengandungi Trichazole Actives untuk membantu mengukuhkan kedudukan rambut pada akar* dan menyuburkan lagi bahagian di mana terdapat rambut gugur^.
Ramuan kompleks Sistem Dove Hair Fall Rescue mengandungi Trichazole Actives yang unik telah dibuktikan secara saintifik dapat menghalang protease/enzim semulajadi daripada menguraikan “lekatan folikel” yang terdapat pada akar, dan sekaligus mengukuhkan rambut pada kulit kepala untuk jangka masa yang lebih lama dengan menghalang aktiviti enzim. Rangkaian produk ini berupaya menghalang rambut daripada gugur dan kesan daripada pengurangan jumlah rambut gugur dapat dilihat dalam hanya 2 minggu**.
“Kami percaya bahawa masalah rambut gugur boleh menjejaskan keyakinan seseorang wanita dan menhalangnya daripada melakukan aktiviti harian. Dove menyedari masalah ini dan berjaya menawarkan penyelesaian bagi memulihkan semula rambut ikal mayang seseorang wanita. Trichazole Actives, ginseng dan protein soya yang terdapat di dalam rangkaian produk Dove Hair Fall Rescue membekalkan nutrien penting yang dapat menyerap jauh ke dalam setiap helaian rambut untuk menyubur dan menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung. Dove berjanji untuk membantu wanita mengatasi masalah rambut gugur dan mengembalikan semula keyakinan mereka,” kata Pengurus Kanan Jenama Total Hair, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho.
Dove menggalakkan kaum wanita agar ‘Count on Dove’ untuk menyelesaikan semua permasalahan yang berkaitan dengan rambut dan mencapai impian mereka dengan penuh keyakinan. Kempen ‘Count On Dove’ telah dilancarkan oleh Dove pada 17 Oktober 2016 di mana setiap wanita berpeluang untuk memenangi hadiah yang dapat membantu mereka mencapai impian, dan hadiah itu secara keseluruhan bernilai RM50,000. Peraduan ‘Count On Dove’ ini berakhir pada 27 November 2016 dan Dove telah berjaya memenuhi detik impian 15 orang wanita.
Tambah Phoenix, “Setiap wanita mempunyai detik impiannya yang tersendiri. Mereka berhak untuk menikmati dan berasa gembira apabila dapat menuju detik-detik penting dalam kehidupan mereka. ‘Count On Dove’ bertujuan untuk memperkasakan, memberi inspirasi dan motivasi kepada semua wanita agar mereka dapat berkongsi kisah inspirasi dan mencapai detik impian mereka dengan penuh keyakinan bersama dengan Dove. Dove mahukan setiap wanita supaya berhenti daripada risau akan rambut gugur, sebaliknya ‘Count on Dove’ untuk memiliki rambut yang kuat dan cantik dengan mengunakan produk Dove yang dipercayai dapat menyuburkan dan memperkukuhkan rambut dari akar umbi, dan sekaligus membolehkan wanita menuju ke arah detik-detik yang sering diidamkan.”
Pengacara dan hos televisyen Malaysia, Siow Hui Mei yang turut menyertai kempen berkenaan percaya bahawa seni kopi yang terbaik datang dari keikhlasan dan ianya dapat memberikan kepuasan. Hui Mei menyukai seni kopi dan menghargai setiap detik kopi bersama orang yang dicintainya. Hui Mei ingin mencuba membuat secawan kopi dan karya seni lattenya yang tersendiri sejak dahulu. Dengan rangkaian produk Dove Hair Fall Rescue, Hui Mei telah berjaya menyelesaikan masalah rambut gugur dan mengejar detik impiannya bagi menghasilkan karya seni kopi dengan yakin dan mengongsikannya di Instagram.
Rambut sepatutnya menjadi sumber keyakinan seseorang wanita dan bukannya mengakibatkan kebimbangan. Wanita Sejati Dove, Siti Hajah Bt. Hasyen Edmond, yang juga seorang ibu berkerjaya, berharap untuk memperkasakan dirinya dengan belajar kemahiran tambahan seperti menjahit, membuat kek dan memasak. Dove telah memimpin Siti Hajah dalam membina kekuatan dalaman dan keyakinan beliau bagi mengatasi kebimbangannya ketika beliau menyempurnakan detik impiannya. Dove telah menyediakan peluang untuk Siti Hajah menyertai kelas membuat kek bagi membolehkan beliau meningkatkan kemahiran. Selain daripada menjana pendapatan tambahan untuk keluarga, beliau berharap bahawa kemahiran tersebut dapat menggembirakan mereka, terutama sekali anaknya yang akan berusia 2 tahun pada tahun depan.
Selain itu, Wanita Sejati Dove, Ling Tsui Nee, mempunyai detik impian untuk mengubahsuai ‘Makarios Home’, iaitu sebuah rumah kebajikan anak yatim yang terletak di Subang Jaya. Rumah teres dua tingkat ini menempatkan 20 kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Dove memperkasakan Tsui Nee dengan memberikannya keyakinan untuk menerokai aspirasi diri dan pada masa yang sama untuk merealisasikan detik impiannya. Dove telah membantu Tsui Nee membersihkan kawasan rumah, mengecat semula dan memperkemaskan rumah berkenaan dengan rak-rak buku yang baharu. Dove membuka peluang kepada Tsui Nee untuk mewujudkan suasana yang ceria dan selesa di kediaman kanak-kanak berkenaan.
Rangkaian produk Dove Hair Fall Rescue boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15.75 (375ml) untuk Syampu, RM15.75 (330ml) untuk Perapi, RM21.30 untuk Serum dan RM34.55 untuk tonik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk dan kempen ‘Count On Dove’, sila layari www.dovehair.com.my.