Selangor, 18 April 2015 – Semenjak diasaskan pada 1987 di Malaysia, Courts telah berkembang menjadi antara peruncit barangan elektrik, IT dan perabot yang terkemuka di Malaysia. Selain itu, ia kini merupakan pusat sehenti untuk kelengkapan isi rumah. Sempena sambutan 28 tahun bertapak di Malaysia, Courts hari ini telah melancarkan satu kempen peringkat kebangsaan, “Senang Sahaja, Courts Ada” (Living Easy with Courts) yang menampilkan Jaminan Harga Courts baru demi mempertingkatkan janjinya dari segi penawaran harga berpatutan, di samping menjalin interaksi yang lebih praktikal dengan para pelanggannya.
Menyedari kebimbangan para pengguna terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat, kempen tersebut diilhamkan berasaskan slogan Hidup Senang dengan Courts (Live Easy with Courts). Ia bermatlamat mengingatkan para pengguna bahawa Courts tetap dengan komitmennya untuk ‘menjadikan produk rumah penuh aspirasi mampu dibeli’ dengan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk memenuhi kepelbagaian keperluan pelanggan.
Courts telah melaburkan lebih RM 20 juta dalam konsep Courts baru yang merangkumi perkara-perkara berikut:
Pemasaran
- Melantik pelawak terkenal di Malaysia, Harith Iskander sebagai Duta Jenama Courts yang pertama dalam 20 tahun.
- Merancang kempen jenama keseluruhan yang merangkumi saluran TV, radio, iklan cetak, pengiklanan luar, dalam talian, iklan bawah garis[1] (below-the-line), acara, dan lain-lain lagi.
- Dua iklan TV selama 30 saat, yakni Senang Kahwin (Marry Easy) dan Senang Sejak Dulu (Always Easy) bakal disiarkan di stesen-stesen TV utama sebagai sebahagian kempen jenama baru Courts.
- Menjadikan Jaminan Harga Courts lebih menarik, termasuk menggandakan perbezaan harga sebanyak tiga kali jika pelanggan dapat menemui harga yang lebih rendah di peruncit-peruncit lain (Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk maklumat lengkap Jaminan Harga Courts).
- Memperkenalkan pelan Courts Flexicredit untuk pemilik rumah baru, pasangan baru berkahwin serta siswazah baru.
Rangkaian produk
Menerusi pelancaran kempen Senang Sahaja, Courts Ada, para pelanggan dapat meraih manfaat menerusi pelbagai ciri peningkatan dalam gedung Courts serta penambahan unit penyimpanan stok (SKU) sebanyak 50% yang merangkumi beraneka jenis produk elektrik, IT dan perabot di Courts baru:
- Mengembangkan kategori Ultimate Screens kepada lebih 300% pilihan TV skrin besar
- Mempertingkatkan konsep Cool Zone kepada Cool Zone Plus dengan menawarkan rangkaian penghawa dingan, pembersih udara serta penyejuk udara yang lebih luas.
- Pelancaran World of Wellness, satu kategori baru yang menawarkan pelbagai produk kesihatan serta jenama-jenama teknologi yang boleh dipakai seperti Fitbit, Garmin, TomTom and Braun.
- Rangkaian perabot baru Your Furniture dan Your Bedding dengan dua konsep baru, ‘Classic’ dan ‘Modern’, yang membolehkan para pelanggan memberi sentuhan peribadi kepada idea rekaan rumah mereka.
Wajah Baru Courts
- Bermula dari gedung Courts di Setapak, konsep Courts baru akan dilancarkan di 15 gedung Courts dari Mei 2015 hingga Mac 2016 .
- Lebih banyak latihan yang berpaksikan pelanggan untuk membolehkan kakitangan Courts memberi pengalaman membeli-belah yang positif di Courts.
- Baju Courts baru yang berwarna biru dan kuning terang menggantikan kemeja polo-T biru yang dipakai sekarang untuk imej yang lebih segak.
Sejajar dengan tabiat membeli-belah pengguna yang serba berubah, gedung dalam talian yang komprehensif juga bakal diwujudkan, bersama dengan e-kiosk serta kaunter Click & Collect di stor, sekali gus mempelbagaikan saluran membeli-belah Courts dalam fasa kedua kempen jenama Courts yang disasarkan pada hujung tahun ini.
En. Tim Luce, Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia berkata, “Kami amat berbangga dengan warisan kami selama 28 tahun di Malaysia dalam mentransformasi dan melengkapkan rumah-rumah rakyat Malaysia. Di samping itu, kami telah menjadi destinasi membeli-belah sehenti bagi generasi-generasi rakyat Malaysia yang mengutamakan harga. Justeru itu, harga yang berpatutan dan mampu milik dipilih sebagai fokus kempen kami. Walaupun kami mementingkan interaksi dengan pelanggan dari segi pengalaman membeli-belah yang kami sediakan, kami juga sedar akan kepentingan memberi tumpuan kepada aspek harga disebabkan industri kami berdepan persaingan harga yang sengit.”
“Courts bukan semata-mata menekankan penjenamaan semula sahaja. Sebaliknya, ia merangkumi segala yang kami lakukan – bermula daripada peningkatan rangkaian produk yang ditawarkan, pembaruan Jaminan Harga Courts, komitmen kami terhadap perkhidmatan pelanggan, sehingga wajah baru gedung Courts. Kami hanya dapat menggapai kejayaan apabila pelanggan kami dapat merasai perubahan semua ini apabila mengunjungi Courts,” tambah beliau.
Wajah baru – Duta Jenama Pertama dalam 20 tahun
Kempen baru ini diwakili oleh watak yang tidak asing lagi di pentas tanah air, yakni pelawak Harith Iskander yang telah dilantik sebagai Duta Jenama Courts selama setahun. Selain tampil dalam bahan-bahan promosi Courts dan beramah mesra dengan para pelanggan serta peminatnya di gedung Courts, pelawak popular ini juga akan mengambil bahagian dalam program amal jariah Courts, yakni Rumah Amal Courts, yang bertujuan membekalkan barangan keperluan isi rumah kepada 28 rumah kebajikan dan keluarga.
Mengulas mengenai perlantikan Harith, En. Luce berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan Harith ke Courts. Dengan sifatnya yang praktikal, mesra dan periang, Harith disambut baik oleh rakyat Malaysia, dan kami yakin beliau dapat menyerlahkan janji jenama serta pengalaman membeli-belah di Courts dengan sifat lucunya yang disukai ramai.”
“Bapa saya dulunya sentiasa membeli-belah di Courts, dan kini, sebagai lelaki berkeluarga, Courts telah menjadi pusat sehenti membeli-belah untuk saya. Baru-baru ini, apabila saya membeli sebuah TV 70-inci skrin rata di Courts, saya amat terkagum dengan begitu banyak pilihan produk serta harga di situ. Saya berasa amat teruja untuk bekerjasama dengan Courts kerana saya percaya harga yang mampu milik merupakan perkara yang diambil berat oleh rakyat Malaysia, dan kempen ini menampilkan komitmen Courts yang berterusan untuk menawarkan harga dan pengalaman yang terbaik untuk para pelanggannya,” demikian ulas Harith mengenai perlantikannya sebagai Duta Jenama Courts.
Rasailah dengan sendiri kempen “Senang Sahaja, Courts Ada” dengan mengunjungi mana-mana gedung Courts di seluruh negara. Selain itu, anda juga akan terkagum dengan iklan kempen di TV, media cetak, digital dan pengiklanan luar kempen baru ini. Untuk mendapatkan maklumat terkini termasuk promosi, anda boleh mengikuti Facebook Courts baru di www.facebook.com/CourtsMsia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Courts baru, sila layari www.courts.com.my.
[1] Pengiklanan yang melibatkan promosi jualan seperti tawaran murah, hadiah percuma, sampel, dan lain-lain lagi.