Sambil masa berlalu, wangian yang segar seperti di awal perhubungan – bunga-bungaan, pewangi, lilin berharuman mula hilang perlahan-lahan. Diselubungi pelbagai bau yang tidak menyenangkan seperti stoking kotor, ikan goreng minggu lalu dan rutin harian yang padat – sukar untuk pasangan yang sibuk mendapatkan mood untuk bercinta apabila dikelilingi bau-bau harian yang tidak dapat dielakkan.
Ambi Pur menjemput pasangan menghangatkan semula asmara dengan koleksi terkini MoodTherapy dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta! Koleksi MoodTherapy Ambi Pur dicipta untuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara.
Koleksi MoodTherapy Ambi Pur dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kehadiran rakan usaha sama kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya Dr. Jezamine Lim. Aktiviti pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara Kesh Sandhu dan diikuti dengan taklimat ‘scent-sational’ oleh Joon Wong, Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA) yang menerangkan tentang kegunaan wangian untuk mempengaruhi dan mengubah mood.
Joon Wong percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan.
“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong.
“Wangian sangat berkuasa. Wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas memori – terutamanya memori di awal permulaan hubungan,” jelasnya.
Harith dan Dr. Jezamine juga mengadakan sesi perkongsian dengan media dan orang ramai mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pelawak Malaysia dan isterinya ini juga berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk asmara dan bagaimana mereka melakukannya di rumah.
“MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine.
“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith.
“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.
Bau busuk boleh menjadi sangat tidak menyenangkan kepada seseorang. Ia perlu ditangani kerana boleh menjejaskan fikiran dan suasana tanpa disedari. Persekitaran yang harum boleh menggembirakan, menenangkan deria dan menaikkan mood.
Ambi Pur mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love’s Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba. Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin.
Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk Febreze Fabric Freshener (RM11.90), Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50), Ambi Pur Air Effects (RM19.90) and Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90).