(SEMASA) ‘DARI DAPUR TEMU’ MENYAJIKAN LEBIH 200 MENU TRADISIONAL SETIAP HARI SEPANJANG BULAN RAMADAN

Spread the love

Kuala Lumpur, 21 November 2024: Sambut kehadiran Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman iftar yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur! Istimewa ‘Dari Dapur TEMU’ yang bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, akan membawa anda mengembara ke dunia kulinari tempatan dengan lebih 200 juadah tradisional setiap hari, mulai jam 6.30 petang hingga 9.00 malam di TEMU Utama, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Seleksi Menu Istimewa

Ramadan kali ini, kami menyajikan pelbagai hidangan yang pastinya menggamit selera para pengunjung di Menara Kuala Lumpur, antaranya adalah:

  • Kambing Golek Manja dengan perapan resipi tradisional turun temurun.
  • Lidah Lembu Bakar yang lembut dan beraroma.
  • Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting dan Perut.
  • Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri ‘homemade’.
  • Shawarma Ayam d’TEMU yang lembut dan berjus.

Lebih istimewa lagi, semua hidangan ini disediakan sepenuhnya oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Tahun ini, Menara Kuala Lumpur dengan bangganya menguruskan 100 peratus penyediaan makanan dan minuman sepanjang Ramadan ini secara eksklusif untuk para pengunjung.

Keindahan Pemandangan di Puncak Menara Kuala Lumpur

Berbuka puasa di ketinggian 288 meter sambil menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur, sama ada ketika matahari terbenam mahupun di bawah sinaran lampu kota. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik santai dari kumpulan muzik Menara Kuala Lumpur, ‘The Sky Band’, yang akan memeriahkan lagi suasana iftar anda setiap hari.

Tempah tawaran ‘Early Bird’ sebelum 31 Januari 2025 untuk menikmati harga istimewa.

“Dari Dapur TEMU kali ini bagi saya sangat-sangat istimewa, dimana kami menawarkan harga ‘EARLY BIRD’ yang amat berpatutan bermula pada hari ini sehingga 31 Januari 2025. Bukan itu sahaja, buat julung kalinya kami nak ‘belanja’ tiket masuk PERCUMA ke tarikan-tarikan Menara Kuala Lumpur iaitu Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01 dan TH04 (Observation Deck) dengan setiap pembelian pakej ‘Dari Dapur TEMU’,” kata Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

“Ini adalah peluang yang cukup menarik untuk dinikmati, sambil berbuka puasa, anda dapat meneroka keindahan Menara Kuala Lumpur dan semuanya dalam satu harga!.” tambah beliau lagi.

Bagi merahmati bulan Ramadan yang mulia, Menara Kuala Lumpur juga akan mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat, dimana anak-anak yatim, asnaf, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz dari sekitar Lembah Klang akan dijemput untuk bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran istimewa ‘Early Bird’ –‘Dari Dapur TEMU’ dan rasai kelainan pengalaman berbuka puasa sambil mencipta memori Ramadan yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelangan di +603-2020 5421 atau layari media sosial rasmi kami @menarakl di Facebook, Instagram, dan TikTok, dan laman sesawang kltower.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *