Jenama penjagaan peribadi lelaki No. 1 Malaysia, Dashing bekerjasama dengan Manchester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga Premier bagi menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. Portfolio produk DASHING terdiri daripada EDT, deodorandan buih mandian termasuk pencuci muka, gel rambut & bedak talkum. Selepas pelancaran rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club baru-baru ini, Dashing kini bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki Malaysia.
Lelaki masa kini sangat komited dalam aspek penjagaan peribadi, kebersihan diri dan keinginan kelihatan terbaik, sama seperti wanita. Prinsip yang menyifatkan lelaki aktif dan ‘macho’ tidak mengambil berat tentang penampilan luaran sudah tidak benar kerana realiti hari ini amat berbeza. Hero-hero zaman sekarang merupakan legenda dalam arena sukan yang mempunyai tarikan gaya tersendiri dan sangat menjaga penampilan diri. Antaranya ialah Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.
Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.
Rangkaian ini terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif.
ICY FRESH: Dashing Icy Freshmengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.
OIL CLEAR: Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.
EXTRA WHITE:Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.
ACNE FREE:‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!
WHITENING SCRUB: Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!
Pembersih Muka Dashing boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif anda tanpa dibimbangi masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut. Bagi menggandakan keterujaan anda, Dashing juga sedang menjalankan peraduan di seluruh Negara dan akan memberi peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016.
Ia merupakan peraduan menggunakan SMS yang mudah dan anda hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015.