KUALA LUMPUR, 19 April 2017 – LEXUS, biskut sandwic terlaris dari Munchy’s yang terkenal dengan pelbagai pilihan kraker sayuran kalsium yang diperkaya dengan inti yang lazat dan berkrim, kini kembali dengan Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0. Kempen yang dilancarkan secara rasminya baru-baru ini bertujuan untuk meneruskan usaha jenama ini untuk menggalakkan para ibu menukar rutin harian menjadi detik-detik istimewa bersama anak-anak mereka.
Di dalam era yang pesat berkembang kini, ibu-ibu seringkali fokus pada hari istimewa, manakala detik-detik kecil yang berlaku sepanjang hari sering diabai atau dilupakan. Namun, detik-detik seperti ini sebenarnya amat penting dan bermakna kepada kanak-kanak kerana ia memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi dan masa depan mereka. Kempen Detik Penuh Keceriaan (DPK) 2.0 dicetuskan atas ilham untuk menggalakkan para ibu meluangkan masa dan minat untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak mereka.
“Berikutan kejayaan tahun lepas, kami amat berbangga untuk meneruskan kempen ini dengan harapan untuk menginspirasikan para ibu dan anak menikmati keceriaan di dalam perkara-perkara ringkas yang mereka lakukan setiap hari untuk mencipta memori yang lebih bermakna bersama. Kami percaya bahawa LEXUS bukan sekadar snek yang lazat untuk dinikmati, malah, akan membimbing mereka melalui pelbagai cara yang mampu mengeratkan hubungan bersama anak-anak mereka tidak kira di mana-mana sahaja pada setiap masa,” menurut Imun Lim, Pengurus Besar Pemasaran Munchworld Marketing Sdn Bhd.
Sempena pelancaran kempen ini, LEXUS telah menganjurkan sebuah bengkel menghias biskut untuk menggalakkan para ibu dan anak bersama mempamerkan kreativiti masing-masing. Bengkel ini turut mengadakan demonstrasi menghias secara langsung yang dihoskan oleh Hunny Madu, seorang pengacara, penyanyi dan DJ radio tempatan, juga merupakan ibu kepada Eva Medina, anak perempuannya. Para tetamu juga mengambil peluang ini untuk mencipta memori dan merapatkan hubungan bersama anak-anak mereka melalui aktiviti menghias biskut LEXUS.
“Kita sering menyangka bahawa ia amat mencabar untuk mengukuhkan ikatan dengan anak-anak, terutamanya bagi ibu-ibu berkerjaya di dalam dunia serba pantas ini. Namun, sebenarnya sebagai ibu, kita boleh melakukan aktiviti ringkas seperti mengajar mereka menunggang basikal, membaca kisah dongeng, ataupun menghias biskut bersama mereka sudah memadai. Ini bukan sahaja mampu mencipta memori indah yang amat berharga apabila mereka kian membesar, tetapi ini turut memainkan peranan yang penting dalam membina masa depan mereka,” kata Hunny Madu.
Sempena sambutan Hari Ibu tahun ini, LEXUS juga telah melancarkan Peraduan Detik Penuh Keceriaan dari sekarang hingga 12 Mei 2017. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi termasuklah baucer percutian, perkakas elektronik rumah, baucer membeli-belah dan hamper LEXUS! Untuk mengambil bahagian, para ibu digalakkan untuk menghias biskut LEXUS bersama anak-anak mereka dan memuat naik imej rekaan biskut LEXUS yang paling kreatif. Layari URL ini untuk maklumat lanjut dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini: www.munchys.com/lexusdpk.
Kebelakangan ini, LEXUS juga telah melancarkan sebuah TVC bertema sempena kempen ini. TVC ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada ibu tentang kepentingan menikmati detik-detik indah bersama anak-anak mereka yang akan mencipta memori bermakna dan memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi mereka. TVC terbaru ini boleh ditonton dalam Bahasa Melayu (http://bit.ly/LEXUSTVC_BM) dan Bahasa Cina (http://bit.ly/LEXUSTVC_CHI).
LEXUS mempunyai lima perisa berbeza iaitu coklat, mentega kacang, keju, sayuran dan krim bersalut coklat. Bagi mereka yang ingin menikmati biskut yang lazat ini, ia boleh didapati di kedai runcit, pasaraya hiper dan cawangan jualan runcit di seluruh negara. LEXUS boleh didapati dalam empat saiz iaitu 57 gm (pek individu) pada harga RM 1.30, 114 gm pada harga RM 2.99, 190/ 200 gm (pek perkongsian) pada harga RM 5.15 dan 456 / 400 gm (pek nilai) pada harga RM8.95. Semua harga yang dinyatakan termasuk GST.
Untuk maklumat lanjut mengenai LEXUS dan kempen Detik Penuh Keceriaan 2.0, sila ikuti:-
Laman Web Peraduan : www.munchys.com/lexusdpk
Laman Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/Munchys/
Hashtag Rasmi : #MunchysLEXUS #DPK