(SEMASA) DOVE® MELANCARKAN SKINDULGENCE, RUTIN YANG LEBIH BAIK BERBANDING SUSU

Spread the love

IMG_5873

Kebanyakan wanita tentunya mahu meluangkan lebih masa untuk membelai kulit mereka dan melakukan pelbagai aktiviti menyihatkan untuk memelihara kecantikan dan kesejahteraan secara menyeluruh. Bagaimanapun, dalam satu kajian diseliakan oleh Sabun Mandian Dove® * di kalangan 108 wanita berusia di antara 18-35 tahun, masa dan wang menjadi halangan terbesar untuk mereka membelai diri secara berterusan.

Group Shot in 1Lsmall

Sabuan Mandian Dove® dengan NutriumMoisture™ hari ini melancarkan kempen Dove Skindulgence  sebagai satu penyelesaian bagi menggalakkan wanita untuk memanjakan dan membelai diri mereka setiap hari dalam tempoh yang singkat dan menjimatkan … dan semuanya dilakukan dalam suasana selesa di rumah sendiri.

“Sabun Mandian Dove® dengan NutriumMoisture™ terbukti lebih berkhasiat berbanding susu. Gabungan ramuan unik yang melembap dan berkhasiat menggantikan semula khasiat pada kulit yang hilang semasa mandi. Itulah belaian seharian untuk kulit anda. Namun kami ingin menggalakkan wanita untuk maju selangkah dan berikrar menerusi kempen Facebook Dove® School of Skindulgence untuk menyayangi diri mereka, pengambilan makanan yang betul, dan kekal aktif menerusi aktiviti yang tidak terlalu berat, tanpa kesibukan dan murah yang boleh mereka lakukan untuk diri mereka sendiri di rumah,” kata Siti Suhaila Abd Hamid, Pengurus Jenama, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Berdasarkan satu kajian terkini oleh Sabun Mandian Dove®, sejumlah 55% wanita menyatakan mereka hanya mempunyai antara 1-2 jam “masa untuk diri sendiri” dalam sehari, yang bermakna kerja dikelaskan sebagai halangan No. 1 “masa untuk diri sendiri” dan sejumlah 89% wanita bersetuju bahawa keluarga sentiasa menjadi keutamaan berbanding “masa untuk diri sendiri”.

Di samping itu, kira-kira 75% wanita bersetuju bahawa membelai kulit mereka setiap hari boleh menajdi terlalu mahal dan kebanyakan wanita (88%) bersetuju membelai diri di spa sememangnya mahal.

IMG_5868
* Kaji selidik: Malaysia pada Ogos 2013 dijalankan Millward Brown yang diiktiraf oleh Sabun Mandian Dove®

“Kaji selidik tersebut mengesahkan bahawa wanita cenderung untuk meletakkan diri mereka di tempat terakhir manakala masa dan wang menjadi halangan terbesar untuk membelai diri dan mencapai kesejahteraan menyeluruh. Kami berharap selepas ikrar 21 hari melalui kempen Dove® Skindulgence,  wanita akan mendapati mereka lebih bersemangat, segar dan tentu sekali tampil dengan kulit yang cantik berseri, lembut,  dan  berkhasiat untuk membuatkan mereka berasa gembira dengan diri mereka,” tambah Suhaila.

Wanita yang berminat untuk menyertai Dove® School of Skindulgence boleh melayari facebook.com/mydovebodywash untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selepas berikrar di aplikasi Facebook, dalam tempoh 21 hari, peserta akan mencabar diri mereka untuk mencapai tiga perkara utama Skindulgence – membelai diri, pengambilan makanan yang betul dan kekal aktif. Mereka harus berkongsi sekurang-kurangnya satu gambar sehari menerusi hash-tags Instagram, (#skindulgence #betterthanmilk #eatright #stayactive) dengan sekurang-kurangnya  21 gambar (7 gambar bagi setiap aktiviti) dalam masa 21 hari tentang bagaimana mereka menjaga diri mereka di rumah.

Cabaran tersebut bermula pada 1 Mac 2014 dan berakhir pada 30 April 2014. Selama lapan minggu, tiga pemenang akan dipilih setiap minggu berdasarkan kreativiti mereka bagi setiap aktiviti dan setiap seorang akan memenangi hamper Sabun Mandian Dove bernilai RM100. Seramai 10 pemenang hadiah utama akan menikmati pengalaman menarik percutian 3 hari/2 malam di Krabi.

IMG_5877

Sabun Mandian Dove®, “Rutin lebih baik berbanding susu” telah terbukti lebih berkhasiat daripada susu dan apa yang anda perlukan hanyalah satu atau dua pam Dove dengan NutriumMoisture™ untuk memberikan kelembapan dan khasiat secara mendalam untuk memberikan belaian yang diperlukan kulit anda. Mandi menggunakan mandian badan biasa yang tidak mengandungi bahan berkhasiat boleh menyebabkan kerosakan dan kulit kering kerana ia menghilangkan kelembapan semula jadi pada kulit. Dove® telah menemui kaedah untuk membuatkan kulit berkhasiat secara efektif ketika membersihkan badan semasa mandi. Berbanding keadaan kulit yang berasa kering dan tegang selepas mandi, anda akan mempunyai kulit yang berkhasiat dan lembap, seolah-olah anda baru saja menjalani rawatan spa.

Teknologi NutriumMoisture™ disediakan dalam semua varian – Beauty Nourishing, Gentle Exfoliating, Sensitive Skin, Fresh Touch, Energize dan Revive dalam botol 1 liter pada harga RM22.90. Ia juga boleh didapati dalam botol 200ml pada harga RM5.90 untuk varian Beauty Nourishing dan Gentle Exfoliating.  Mandian badan tersebut kini dijual di semua farmasi, pasar raya besar dan pasar raya terkemuka.

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *