(SEMASA) DR.WU perkenal Daily Renewal Serum dengan Asid Mandelik BARU

Spread the love

Kulit berseri lagi halus dan lembut apabila disentuh kini dapat dimiliki dengan evolusi serum DR.WU dengan Asid Mandelik yang meraih anugerah untuk mempermudakan kulit.

Produk Daily Renewal Serum with Mandelic Acid baru dan Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid 18% dari DR.WU yang mendapat jualan tertinggi dicipta untuk memperbaharui kulit secara lembut setiap hari bagi menghindari kekusaman, ton kulit yang tidak sekata dan pengumpulan sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi tebal lantas menghalangnya dari menyerap nutrien penjagaan kulit merupakan antara masalah yang sering berlaku.

Bahan utama bagi serum pembaharu kulit DR.WU, iaitu Asid Mandelik – diekstrak dari buah badam pahit – merupakan alpha-hydroxy acid (AHA) yang lembut dan berbilang fungsi dengan berat molekul yang tinggi. Ia mampu mencerahkan ton kulit, memperbaiki garis-garis serta kedutan halus, mengecilkan pori-pori, meningkatkan kitaran metabolik kulit secara perlahan-lahan dan menyingkirkan sel kulit mati bagi mencapai kesan pembaharuan kulit, di samping membuat pengelupasan endapan pada permukaan sel kulit lama dan mati dengan lembut dalam mempertingkatkan pembaharuan epidermis yang pesat.

Walaupun penjagaan kulit berasaskan asid membanjiri pasaran, penyelidikan yang berterusan membuktikan bahawa Asid Mandelik yang ringan, kekal menjadi pilihan terbaik untuk rawatan pembaharuan kulit di rumah.

Dicipta untuk kulit kering dan sensitif, Daily Renewal Serum with Mandelic Acid 15ml (RM109) baru ini menampilkan penemuan “Tiga Asid dalam Nisbah Keemasan” – formula lembut yang menggabungkan Tiga Asid dalam Nisbah Keemasan 5:2:1 yang sempurna iaitu Asid Mandelik, Asid Salisilik dan Asid Piruvik menembusi dengan lebih dalam dan pantas bagi pertumbuhan kulit secara serta-merta.

Formula lembut yang mencipta kejayaan ini menyasarkan lapisan epidermis dengan tepat bagi menyingkirkan masalah kulit dalam satu langkah mudah, menyingkirkan akne secara berkesan, bintik hitam, liang yang diperbesarkan dan kekusaman kasar bagi memulihkan kulit supaya tiada cela dan licin!

Serum baru ini menyertai produk jualan tertinggi dari jenama ini iaitu Intensive Renewal Serum with Mandelic Acid 18% 15ml (RM149) yang amat pekat dan sesuai untuk kulit normal, kombinasi atau kulit berminyak, bagi membersih serta menyucikan liang roma selain menyingkirkan bintik hitam dengan sekata.

Serum pembaharu intensif ini mengandungi 18% Asid Mendelik bagi menembusi lapisan kulit  paling dalam, bagi mengaktifkan lima kesan pembaharuan kulit utama – metabolisme sel, pembersihan liang, penyingkiran bintik hitam, pemutihan & pencerahan, menaik dan mengetatkan anti-kedutan.

Serum pembaharuan kulit ini melengkapi rangkaian produk penjagaan kulit dari DR.WU. Penawaran komprehensif oleh jenama penjagaan kulit klinikal No.1 di Taiwan ini merangkumi Hyalucomplex Hydrating System untuk kulit dan sensitif; Mandelik Renewal System untuk kulit kasar dan sensitif; Vitamin C+ Whitening System untuk kulit kusam dan sensitif; Ageversal Repairing System untuk kulit rosak dan berusia; dan Acnecure Anti-Acne System untuk kulit berminyak dan mudah dijangkiti akne. Melengkapi sistem penjagaan kulit DR.WU adalah Mekap Mineral dan siri topeng kapsul.

Diasaskan oleh ahli dermatologi terkenal, Dr. Ying-Chin Wu dan anak lelakinya, Eric Wu, kekuatan jenama DR.WU terletak pada pengalaman klinikal pengasasnya selama 40 tahun dan penyelidikan meluas mengenai struktur kulit Asia. Hasilnya rangkaian penjagaan kulit berteknologi maju yang merangkumi produk tinggi kemujaraban berasaskan preskripsi doktor yang mudah dimohon dengan selesa dari rumah.

Pengasas jenama ini yang turut dikenali sebagai “Bapa Perubatan Kosmetik” berkongsi beberapa tips bernilai semasa kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini sempena pengenalan serum inovatif baru ini.

“Bagi mendapatkan kulit yang bersih dan berseri, pembersihan asas adalah penting yang diikuti oleh penjagaan kulit pembaharuan yang lembut, mampu menyingkirkan sel lama dan mati di samping mempertingkatkan metabolisme sel. Jika tidak, pengumpulan kulit lama dan mati akan membuatkan kulit kelihatan kusam, dan mengakibatkan pembentukan akne serta bintik hitam. Selain itu, lapisan sel lama dan mati yang menebal menghalang kulit dari menyerap sebarang produk penjagaan kulit yang anda gunakan secara berkesan, tanpa mengira berapa banyak yang anda gunakan atau berapa bagusnya,” kata Ying-Chin Wu.

Menyentuh mengenai salah faham umum bahawa hanya kulit kering memerlukan penghidratan dan bukan kulit berminyak, Dr. Wu menjelaskan,”Dengan tubuh manusia yang mengandungi air yang banyak, dehidrasi kulit atau tubuh akan mendatangkan masalah. Oleh itu, penghidratan adalah asas bagi kulit yang sihat dan adalah merupakan konsep yang amat penting tanpa mengira jenis kulit. Dalam kes di mana kulit berminyak disebabkan oleh ketidakseimbangan minyak dan lembapan – di mana kulit berminyak di luar tetapi kering di dalam – penghidratan melalui penggunaan pelembap masih diperlukan.”

Berucap di acara pelancaran itu, Sam Wong selaku Pengurus Besar Vast Diversified Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi DR.WU di Malaysia, berkata, “Dicipta untuk keperluan kulit Asia oleh salah seorang ahli dermatologi terkemuka di Asia, tidak ragu-ragu lagi bahawa produk DR.WU mempunyai kualiti yang tiada kompromi malah sesuai untuk kulit yang paling sensitif.

Rangkaian produk ini tidak mengandungi alkohol, pewangi dan paraben. Dipertingkatkan lagi dengan teknologi canggih, menggunakan produk DR.WU adalah amat berkesan di mana keputusannya hampir serupa dengan mendapatkan doktor merawat kulit anda di rumah dan kami teruja untuk membawa DR.WU kepada lebih ramai warga Malaysia.”

Pelancaran ini memeterai usahasama DR.WU dengan Watsons Malaysia di mana rangkaian produknya dijual di outlet terpilih dan melalui talian online Watsons. Turut hadir di majlis itu adalah Pengurus Besar merangkap Pengurus Negara bagi Watsons Malaysia, Caryn Loh yang berkongsi pandangan mengenai aliran penjagaan kulit yang semakin berkembang di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk ini, layari DR.WU Malaysia di Facebook.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *