(SEMASA) FAZURA MELANCARKAN ‘TRULLYCAFFE’ UNTUK PENJAGAAN BERAT BADAN SIHAT

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 November 2023 (21 Rabi’ulakhir 1445) –Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz telah melancarkan produk terbaharu kopi diet TrullyCaffe melalui jenama TrullyDolly di sebuah hotel terkemuka di ibu kota yang dihadiri oleh ahli keluarga Faz, rakan artis, agen FAZURA dan rakan media hari ini.

Faz yang tidak asing lagi di dalam perniagaan produk gaya hidup sihat berasa teruja dengan penawaran baharu syarikat melalui produk TrullyCaffe tersebut.

“Faz sangat bersyukur kerana perniagaan yang dimulakan lebih 5 tahun lepas dapat terus berinovasi dalam mengeluarkan produk premium yang menitikberatkan kandungan berkualiti dengan harga MilikSemua. Faz sendiri menggunakan TrullyCaffe disamping mengekalkan gaya hidup sihat dalam mencapai penampilan fizikal yang diinginkan.”  

 TrullyCaffe yang rendah kalori dan tiada gula, didatangkan dalam dua perisa Caffe Latte dan Buttercream Latte. TrullyCaffe diperkayakan dengan ekstrak   ekstrak Garcinia cambogia, ekstrak kopi hijau dan saffron yang dilaporkan berpotensi membantu penjagaan berat badan.

Selain itu, antara soalan yang diutarakan semasa perlancaran rasmi TrullyCaffe adalah berkenaan perkembangan terkinin karier seni Faz.

“Alhamdulillah, Faz sedang sibuk di dalam penggambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan 2024 dan berharap drama ini dapat memenuhi permintaan para peminat lakonan Faz setelah sekian lama. Memang kadang-kadang ianya mencabar dalam menguruskan keluarga, kerjaya dan perniagaan dalam masa yang sama tetapi Faz sangat bersyukur kerana masih mampu melaksanakan semuanya dengan baik, berkat doa dan sokongan ramai. Dalam kesibukan itu juga tercetus idea slogan TrullyDolly iaitu  Trully jadi”.”

TrullyCaffe boleh diminum oleh kaum wanita dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan penjagaan berat badan. Setiap paket TrullyCaffe mempunyai 7 sachet bagi program 7 hari diet dengan harga MilikSemua RM47. TrullyCaffe boleh dibeli daripada stokis dan agen FAZURA yang sah, di kedai FAZURA dan melalui aplikasi mudah alih FAZURA.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *