(SEMASA) FERRARI F40 DAN SUPER SILHOUETTE ER34 IKONIK LIBERTY WALK DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2025

Spread the love

Dua jentera ikonik dari Jepun hasil sentuhan rumah modifikasi legenda, Liberty Walk, akan dipamerkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 yang dijadual berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Peminat juga berpeluang mendapatkan pelbagai barangan eksklusif di booth Liberty Walk dan berjumpa sendiri dengan pengasas serta pemiliknya, Wataru Kato. Diterbangkan khas dari Jepun, Liberty Walk bakal mempamerkan dua jentera utama mereka – Ferrari F40 yang terkenal di seluruh dunia, serta Super Silhouette ER34.

Ferrari F40 Liberty Walk

Ferrari F40 ini pertama kali didedahkan pada tahun 2023 dan dengan pantas menjadi sensasi global kerana penampilan uniknya yang menampilkan fender lebar jenis bolt-on serta sistem suspensi yang direndahkan.

Kereta ini dilaporkan telah dikeluarkan daripada daftar rasmi Ferrari berikutan pengubahsuaian ekstrem yang dikatakan tidak selari dengan falsafah rekaan asal Ferrari.

Walaupun melalui transformasi luaran, jantung Ferrari F40 ini masih mengekalkan enjin asal 2.9-liter V8 twin-turbo yang menghasilkan 471 kuasa kuda dan 578 Nm tork. Dengan binaan ringan dan rekaan fokus prestasi, Liberty Walk menambah lagi aura agresif melalui kit badan lebar (front cowl, diffuser depan, diffuser sisi, fender bolt-on, suspensi direndahkan, diffuser belakang dan sayap belakang).

Menariknya, warna asal Rosso Corsa telah digantikan dengan balutan putih berserta logo bulat merah di pintu, menjadikan tampilannya mirip pesawat pejuang A6M Zero Jepun dari era Perang Dunia Kedua.

Super Silhouette ER34

Sementara itu, Super Silhouette ER34 adalah projek yang mengejutkan dunia permotoran apabila diperkenalkan di Tokyo Auto Salon 2020. Model ini diinspirasikan dari Skyline KDR30 yang dipandu Masahiro Hasemi dalam siri perlumbaan Super Silhouette Formula 1982 dan 1983. Rekaan livery merah hitamnya kini menjadi lagenda hingga diabadikan dalam model diecast.

Kereta ini asalnya dilengkapi enjin RB25DET NEO tetapi telah digantikan dengan enjin L28 stroked 3.1-liter dengan tiga karburator Solex 50mm twin-draft.

Bagi menyerlahkan rupa kereta lumba era 80-an, ia dipasang dengan bampar hadapan agresif, fender kotak lebar, side skirt, bonet hadapan baru, bampar belakang, diffuser belakang, dan sayap belakang bersaiz besar. Dilengkapi set rim Yokohama Advan Racing GT 18×11 inci dengan hub extender serta sistem air suspension, penampilan kereta ini benar-benar menggambarkan aura garang dan unik.

Harga Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025:

  • RM48 untuk pas satu hari (dewasa)

  • RM30 untuk pas satu hari (kanak-kanak berumur 6-12 tahun)

  • RM120 untuk pas keluarga satu hari (2 dewasa + 2 kanak-kanak)

  • RM120 untuk pas dewasa tiga hari

  • Diskaun 50% untuk pemegang kad OKU dan penjaga

  • Percuma untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah

Untuk pembelian tiket, maklumat lanjut dan pertanyaan, sila layari www.tokyoautosalonkl.com atau kunjungi platform media sosial Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur di Facebook, Instagram dan TikTok.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *