(SEMASA) Food Hunt #NUNomNomNom di NU Sentral Sempena #NUTurns3

Spread the love

Galaksi Media Online (GMO) dijemput menghadiri satu aktiviti “food hunting” di sekitar pusat membeli belah NU Sentral, Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke 3 pusat membeli belah tersebut. Agak diluar kebiasaan untuk pihak kami membuat liputan event sebegini lebih –lebih lagi dalam usaha kami perlu mencuba sekurang-kurangnya 12 outlet /restoran daripada 15 outlet /restoran yang menyediakan perkhidmatan di pusat membeli belah tersebut.

Setiap outlet /restoran yang kami singgah memerlukan kami menunjukkan pasport seperti atas. Setiap pesanan adalah percuma dan hanya perlu melengkapkan cop di atas passport tersebut. Setiap 3 cop yang dapat membolehkan para peserta  mendapat hadiah voucher daripada pihak Nu Sentral.

Wakil kami bersama rakan-rakan media dan blogger memulakan eksplorasi sekitar jam 12 tengah hari. Wakil kami memilih untuk memulakan eksplorasi merasa makanan di tingkat paling atas dan seterusnya hingga ke bawah.

Berikut adalah lokasi yang pihak Galaksi Media Online (GMO) sempat singgah dan merasa hidangan dan minuman mereka :

1) Hoagies Hauz

Terletak di tingkat 5, kami menikmati hidangan di sini dengan memilih beberapa set kombo untuk di cuba antaranya Black Pepper Chicken Chop, Aloha Hawaaiian Chicken, dan Cheezy Melt Steak .Set kombo seperti yang ini di datangkan bersama dengan set air Lemonade

2) Milkshake Factory

Di sini, wakil kami memilih untuk merasa minuman O’MINT yang bersaiz Happy Size.

Large SIze : RM 12.50 Happy Size RM11.50

3) Paddington Pancakes

Terkenal dengan hidangan pancakes yang pelbagai. Kami memilih untuk menikmati 2 jenis hidangan yang dicadangkan iaitu Mexican Double Burger  (Patty burger adalah double ye bukan single dan boleh pilih dari chicken/beef/lamb. Double patty burger can choose from chicken/beef/lamb ,pineapple rings,sliced tomato,grilled natural cheddar (my favourite) avocado and of course fries) dan The American Dream ( Original pancakes with fresh strawberriess, nuts, ice cream & whipped cream)

Instagram :https://www.instagram.com/paddingtonpancakesns/(Nu Sentral)

4) BUILT Custom Burgers

Outlet /restoran yang menyediakan hidangan burger secara langkah demi langkah seakan akan DIY (do it yourself) dengan memilih bahan-bahan mengikut kehendak pelanggan. Untuk ini kami memilih hidangan Bowl with patty chicken side dish french fries and ice lemon tea.

Instagram: https://www.instagram.com/builtburgersmy/

5) Sushi Tei

Kami mencuba hidangan Jepun, walaupun bukan sesuatu kebiasaan untuk wakil kami namun ia merupakan pengalaman baru dalam merasai kepelbagaian hidangan di Nu Sentral. Kami memilih Maguro Lover, Soft Shell Crab Salad with In house dressing dan Kirishima set.

6) Secret Recipe

Persinggah ke 6 kami adalah di Secret Recipe untuk menikmati hidangan dessert seperti Oreo cheese cake, Chocolate Indulgence , Marble Cake , Odyssey Cake  dan Spicy Olio Spagheetti.

7) Dolly Dim Sum

Kami mencuba pula hidangan dim sum di Dolly Dim Sum. Pilihan kami antaranya

Egg Custard Bun , Salad Prawn Dumpling, Yam Croquette , “Har Gao” Dumpling , Dolly Mozza Roll  dan “Siew Mai” Dumpling. (Ia disediakan dalam bentuk Set)

 

8) La Cucur

Lokasi ke 8 terkenal dengan kepelbagaian hidangan kuih tradisional. Antara kuih tradisional Melayu yang dicuba antarnya kuih sago, kuih lapis, kuih serimuka, puding caramel dan bingka ubi. Tak lupa juga hidangan Roti jala dan kuah kari ayam  .

9) La Juiceria

Terkenal dengan minuman detox dan semulajadi, La Jucieria dipilih supaya mengimbangi eksplorasi kami kerana kami banyak mencuba hidangan berat dan kerap.  Menggunakan bahan bahan semula jadi, kami memilih untuk menikmati jus tembikai asli.

Terima kasih buat NU Sentral  kerana menjemput kami walaupun kami tidak berjaya untuk menghabiskan cabaran yang diberikan. Selamat Ulangtahun yang ke 3 buat NU SENTRAL.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *