Samsung Malaysia telah memulakan promosi bagi memperkenalkan Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G bermula 18 Mac 2025. Portal Galaksi Media Online (GMO) mendapat peluang untuk membuat ‘UNBOXING’ atau belah kotak peranti Samsung Galaxy A36 5G. GMO telah dibekalkan satu peranti telefon pintar baru Samsung yang telah pun dilancarkan pada 15 Mac 2025 di mana Samsung Galaxy A36 5G merupakan salah satu telefon pintar yang dilancarkan di bawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G.
Seperti sebelum ini, Samsung masih mengekalkan kotak pembungkusan Samsung Galaxy A36 5G masih mengekalkan tona warna putih sebagai asasnya. Gambaran depan menunjukkan warna dan rupa bentuk telefon pintar tersebut. GMO diberikan peranti berwarna gelap dan dilabelkan sebagai ‘Awesome Black’. Seperti sedia maklum, saiz kotak pembungkusan tetap kekal nipis seperti sebelum ini.
Berbalik kepada isi kotak tersebut, di bawah telefon disertakan satu kabel USB-C tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger) berserta kad waranti dan buku panduan. Adapter charger ini masih perlu dibeli berasingan berdasarkan maklumat di dalam kotak tersebut. Adalah sedikit kelainan memandangkan selama ini peranti-peranti telefon di pasaran kebiasaanya didatangkan dengan adapter charger bersama di dalam kotak dan telefon pintar tersebut. Ini sedikit sebanyak menjawab kepada persoalan atau punca kenapa saiz kotak ini lebih nipis.
Galaxy A36 5G mengekalkan reka bentuk yang ringkas seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan Samsung lain. Ia hadir dengan bingkai plastik dan reka bentuk yang rata sepenuhnya, dengan kaca Gorilla Victus+ di bahagian depan dan belakang. Rekaan masih retro seperti sebelum ini dan berdasarkan maklumat sesawang Samsung, terdapat pilhan empat warna untuk model ini iaitu Awesome Lavender, Awesome Black, Awesome White dan Awesome Lime.
Secara asasnya, telefon pintar ini mempunyai beberapa ciri-ciri asas iaitu reka bentuk nipis dan ringan, paparan skrin 6.7″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sokongsn 1080 x 2340 (FHD+), kamera resolusi tinggi 50 MP yang dilengkapi dengan OIS dan PDAF untuk kestabilan semasa mengambil foto dan video serta dilengkapkan dengan bateri Li-Ion 5000 mAh yang menyokong pengecasan 45W berwayar. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin serta lubang kamera depan Infinity-O yang terletak di garisan tengah.