Jika artikel sebelum ini, pihak Galaksi Media Online (GMO) telah berkongsi mengenai proses ‘unboxing’ peranti telefon pintar Huawei Honor 7, maka kali ini pihak GMO akan berkongsi dengan pembaca mengenai ciri-ciri yang terdapat pada telefon pintar tersebut.
Seperti yang sedia maklum, Huawei telah menghasilkan telefon pintar siri honor yang berkualiti , berprestasi tinggi dan harga yang mampu milik. Produk ini didatangkan dengan kerangka logam serta rekaan yang lebih premium berbanding versi Honor sebelum ini.
Huawei Honor 7 mempunyai skrin yang sedikit besar berbanding versi sebelum ini iaitu bersaiz 5.2 inci. Skrin bersaiz ini boleh dikategorikan sebagai ideal yang selesa dipegang. Huawei Honor 7 didatangkan dengan reka bentuk berasaskan aluminium aloi pada bahagian hadapan dan belakang dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci. Skrin paparan ini adalah sama seperti Huawei P8.
Huawei Honor 7 ini diperkasakan dengan pemprosesan 64-bit Kirin 935 yang turut disertakan dengan 3GB RAM dan 4GB RAM. Memori simpanan dalaman pula, Huawei Honor 7 didatangkan dengan dua pilihan iaitu 16GB dan 64GB namun mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan 128GB memori.
Huawei Honor 7 merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM 4G LTE seangkatan dengan kebanyakkan telefon flagship lain. Huawei Honor 7 menggunakan sokongan dwi-SIM berbentuk hibrid. Ini bermakna, untuk SIM kedua, pengguna boleh memilih sama ada ingin menggunakan kad mikro-SD ataupun kad SIM nano.
Huawei Honor 7 didatangkan dengan spesifikasi kamera 20-megapixel (20MP f/2.0 Sony IMX230 sensor Exmor RS yang turut dilengkapi pemfokusan auto ‘phase detection’) dengan sokongan LED dwi-tona, auto fokus, dan Optical Image Stabilization pada bahagian belakang.
Bagi peminat aksi ‘Selfie’, spesifikasi kamera 8MP (8MP f/2.4 dengan lampu flash hadapan) untuk kamera hadapan dipasang pada peranti ini. Kedua-dua spesifikasi ini membolehkan rakaman imej berkualiti tinggi dilakukan.
Huawei Honor 7 dilengkapi dengan pengimbas cap jari di bawah kamera bahagian belakang peranti tersebut. Fungsi baru yang ini membolehkan pengguna masuk dari skrin kekunci peranti dengan hanya membuat imbasan cap jari.
Dari segi pengecasan pula, Huawei Honor 7 dilengkapi dengan pengecas berasaskan mikro-USB dan bateri berkapasiti 3100mAh. Pengecasan penuh mengambil masa 1 jam lebih manakala pengecasan pantas pada Huawei Honor 7 ini mampu mengecas 50% kuasa sekitar 30 minit. Huawei Honor 7 mempunyai fungsi ‘SMARTPOWER 3.0’ dan juga ‘Ultra Power Plan’. Huawei Honor 7 mampu beroperasi sehingga 14 jam sekiranya pengguna memilih ‘Smart Power Plan’, dan jika disaat akhir kekurangan kuasa, pengguna boleh mengaktifkan ‘Ultra Power Plan’ yang menambah masa telefon beroperasi pada fungsi asas.
Telefon Huawei Honor 7 ini beroperasi menggunakan Android Lollipop dan dilengkapi paparan antaramuka EMUI terbaru iaitu 3.1. Menerusi paparan antaramuka ini, ia turut membawa pelbagai perubahan. Selain dari menjadikan paparan antaramuka lebih pantas dan responsif, terdapat fungsi penjimatan kuasa dan pengecasan pantas pada peranti ini.
Huawei Honor 7 didatangkan dengan satu butang tambahan iaitu ‘Smart Key’ yang terletak disebelah kiri peranti. Smartkey bertindak sebagai “Fast Access” kepada aplikasi dalam peranti telefon yang mampu melakukan perkara bergantung kepada tetapan pengguna. Perkara seperti mengaktifkan Google Now, melakukan proses pengecaman arahan suara, mengaktifkan lampu suluh dan pelbagai lagi. Terdapat tiga tetapan yang boleh dilakukan dengan tiga jenis tekanan yang dikenakan keatas butang honor 7 Smartkey. Tetapan yang dimaksudkan adalah tekan sekali (Press), tekan dua kali berturut-turut (Double Press) dan tekan serta menahan untuk seketika (Press and Hold). Dengan reka letak butang tersebut, ia merupakan salah satu solusi ergonomik membolehkan pengguna Huawei Honor 7 melakukan sesuatu perkara menerusinya.
Ruangan speaker turut diletakkan pada bahagian bawah peranti manakala pada bahagian atas pula diletakkan ruangan untuk audio-jack, selain ruangan untuk IR. Untuk fungsi IR atau infrared, pengguna boleh menggunakannya untuk mengawal beberapa peranti dan peralatan elektronik dirumah, sebagai contohnya fungsi IR digunakan untuk mengubah siaran di televisyen serta mengawal kadar bunyi audio di televisyen tersebut.
Spesifikasi Huawei Honor 7 (English)
Product Status | New ! |
Band | 4G / LTE |
Dimension | 143.2 x 71.9 x 8.5 mm (5.64 x 2.83 x 0.33 in) |
Processor | Hisilicon Kirin 935 4 * A53 2.2GHz + 4 * A53 1.5GHz |
RAM | 3 GB / 4 GB |
Internal Storage | 16GB / 64 GB |
Micro SD Slot | microSD, up to 128 GB (uses SIM 2 slot) |
Display (inches) | 5.2 inches (~72.4% screen-to-body ratio) |
Resolution (px) | 1080 x 1920 pixels (~424 ppi pixel density) |
Rear Camera | 20MP |
Front Camera | 8 MP |
Operating System | Android Lollipop |
Sim | Dual SIM |
Battery Capacity | Non-removable Li-Po 3100 mAh battery |
What’s In The Box | AC Adaptor, USB Cable |
Warranty | 1 Year by Huawei Malaysia |
Model Code | PLK-L01 |