(SEMASA) GRACSHAW PERKENAL IDENTITI JENAMA BAHARU SEIRING PERGERAKAN STREET

Spread the love

Kuala Lumpur (13 November 2025) — GRACSHAW menyambut ulang tahun ke-20 yang bakal tiba dengan memperkenalkan identiti jenama terbaharunya. Bab baharu ini menempatkan GRACSHAW sebagai jenama helmet berteraskan gaya hidup yang beraspirasi menjadi peneraju trend, menyatukan para penunggang melalui pengalaman yang meraikan semangat dan kreativiti. Selain itu, rangkaian helmet baharu GRACSHAW direka bagi memenuhi keperluan komuniti penunggang skuter Malaysia yang berkembang pesat.

Dari Jalanan. Untuk Penunggang.

Sempena perjalanan 20 tahunnya, GRACSHAW melangkah berani untuk menjadi jenama berasaskan gaya hidup. Logo baharu menampilkan satu garis berani pada huruf “G”, menggambarkan gerakan dalam bentuk paling tulen — rekaan ringkas namun penuh keyakinan, menzahirkan kekuatan dengan ketepatan tanpa berlebihan.

Tagline baharu, “FROM STREET”, membentuk falsafah reka bentuk jenama, diinspirasikan daripada budaya jalanan yang tegas, lantang dan penuh ekspresi. Ia berdiri sebagai ‘Alpha from the Street’, menetapkan trend baharu dan mentakrifkan semula dunia penunggangan. Bersama logo dan tagline ini, GRACSHAW mencipta budaya di mana helmet menjadi lambang personaliti dan cerita penunggang.

Dalam era baharu ini, GRACSHAW menempatkan helmet dan komuniti penunggang sebagai nadi segala usahanya. Ia mendefinisikan dirinya melalui tiga manifesto utama: radikal, tanpa kompromi dan mendahulukan manusia, serta melancarkan rekaan berteraskan tiga nilai teras: gaya, sikap dan keaslian. Melalui gerakan ini, GRACSHAW menyasarkan untuk berhubung dengan penunggang yang mencari pengalaman baharu, ingin berkomuniti, dan berani mengekspresikan identiti mereka.

“Usaha penjenamaan semula GRACSHAW bertujuan memupuk budaya menunggang yang diinspirasikan oleh budaya jalanan — akar kita,” jelas Encik Chiong Sai Weng, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kanan. “Melalui identiti baharu ini, kami membina gaya hidup yang dekat dengan penunggang tempatan sambil meraikan semangat dan kreativiti.”

GRACSHAW memulakan perjalanannya pada 2006 sebagai pengeluar helmet yang mematuhi piawaian SIRIM bagi menjamin keselamatan penunggang. Evolusi pertamanya muncul pada 2013 apabila GRACSHAW menonjol sebagai jenama berorientasikan reka bentuk melalui pelancaran GRACSHAW Originals dan kolaborasi edisi terhad.

Generasi Baharu Helmet

Susulan penjenamaan semula ini, GRACSHAW melancarkan tiga helmet baharu yang direka untuk peminat skuter — GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON.

GENNEX II

Helmet open-face yang meneruskan falsafah pendahulunya, direka untuk penunggang skuter maxi dan touring. Golongan urban matang pasti menghargai rekaannya yang bergaya dan praktikal, mudah dipadankan dengan gear pembonceng untuk penampilan seragam. Ia turut dilengkapi sistem kancing mikrometrik untuk pemakaian yang lebih selamat dan cepat.

GLAIVE

Berani dan kontemporari, helmet open-face ini menyerlah untuk penunggang bandar yang pantas dan bergaya. Ia merupakan padanan ideal untuk skuter kompak, membolehkan penunggang menyusuri lorong sempit dan jalan sibuk dengan mudah. Penunggang boleh menambah aksesori rear ducktail untuk gaya lebih garang serta meningkatkan aerodinamik pada kelajuan tinggi.

GLADEON

Helmet full-face yang mewakili semangat lasak penunggang jarak jauh. Ia sepadan untuk skuter berprestasi tinggi dan dibina untuk menempuh kelajuan serta perjalanan jarak jauh. GLADEON dilengkapi lensa KlearAF Anti-Fog Insert untuk penglihatan jelas dalam pelbagai cuaca. Setiap pembelian turut menerima GRACSHAW Balaclava dan GRACSHAW Ear Plugs sebagai aksesori tambahan.

GRACSHAW turut memperkenalkan Fit Check Measurement System, inovasi pintar untuk membantu penunggang mendapatkan saiz paling tepat bagi keselesaan maksimum — memperkukuh kedudukan GRACSHAW sebagai jenama yang mengutamakan keperluan pengguna dan keselamatan.

Dibina Dengan 3 Prinsip Teras

Setiap helmet GRACSHAW direka berdasarkan tiga prinsip:

  1. Keselamatan bersepadu
  2. Rekaan berorientasikan gaya
  3. Keselesaan berteknologi

Ciri dipertingkat untuk GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON meliputi:

  • ContourFit Advanced Comfort Padding & Inner Liner System: padanan selesa tanpa tekanan pada apa jua kelajuan
  • SpecFit Eyeglasses Friendly System: memastikan cermin mata kekal stabil walaupun perjalanan jauh
  • AeroFlow Ventilation System: aliran udara menyeluruh untuk penyejukan berterusan
  • Aero-G Cool Comfort Fabric Liner: mencegah bakteria dan bau peluh
  • KlearView High Clarity Visor: perlindungan UV dan silau sambil mengekalkan gaya
  • KlearAF Anti-Fog System: penglihatan jelas dalam semua keadaan cuaca

Penambahbaikan ini mengukuhkan komitmen GRACSHAW terhadap reka bentuk berpusatkan pengguna, membolehkan penunggang menikmati keselesaan dan keyakinan maksimum.

Harga pasaran:

  • GENNEX II – RM398
  • GLAIVE – RM478
  • GLADEON – RM565.

Rangkaian baharu ini akan mula dijual Disember 2025

Sempena ulang tahun ke-20, GRACSHAW turut mengumumkan pembukaan kedai konsep pertamanya, memberi pengalaman lebih mendalam terhadap budaya GRACSHAW. Jenama ini juga merancang pelbagai kolaborasi dan kerjasama rentas industri untuk menghasilkan rekaan yang lebih segar dan menarik.

GRACSHAW kekal komited untuk mentakrifkan semula budaya menunggang melalui inovasi berterusan, gaya diperhalusi dan rekaan berteras gaya hidup. Nantikan lebih banyak perkembangan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *