(SEMASA) HABIB MERAIKAN PERPADUAN DAN DIVERSITI MELALUI KEMPEN ‘TANAH AIRKU’ SEMPENA MERDEKA 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 1 OGOS 2024: Dari permulaannya pada tahun 1958 sebagai kedai barangan kemas kecil di ‘Jewellers’ Corner‘ yang terkenal di Pitt Street di Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Jalan Masjid Kapitan Keling), sehingga menjadi jenama barangan kemas tempatan yang digemari ramai dengan 34 bilik pameran di seluruh negara, HABIB telah memainkan peranan yang positif sejak 66 tahun lalu, bukan sahaja dalam mentransformasi industri barangan kemas negara melalui strategi inovatif yang berfikiran ke hadapan, termasuk pengenalan konsep kaunter terbuka di Malaysia, tetapi juga dalam usahanya yang tidak berbelah bahagi dalam memperjuangkan kekayaan warisan budaya dan seni ketukangan Malaysia.

Didorong oleh dedikasi yang kuat untuk mempromosikan Malaysia di persada global, kempen dan koleksi reka bentuk HABIB dengan bangganya meraikan intipati sebenar budaya dan kesenian Malaysia. Dalam usaha untuk memelihara dan memupuk kesenian negara, HABIB telah mengetengahkan tema tradisional dan kraf tempatan masa lalu seperti seni anyaman dan tekat; serta memperkenalkan HARTA (singkatan untuk HABIB Taking Action for the Revival of our Traditions and Arts), sebuah muzium barangan kemas warisan dan galeri seni sebagai sebahagian daripada dedikasi berterusannya untuk memartabatkan warisan budaya Malaysia.

Dengan semangat untuk meraikan kekayaan identiti Malaysia dan memahami ikatan intrinsik antara barangan kemas dan kebahagiaan, HABIB, sepanjang 6 dekad, telah memperkenalkan pelbagai pilihan barangan kemas berpatutan dan berkualiti tinggi yang terus digemari merentas generasi. Daripada koleksi batu permata yang tersendiri kepada koleksi emas yang unik, setiap kotak barangan kemas daripada HABIB merangkumi komitmen jenama ini dalam menyampaikan ‘The Gift of Happiness‘ kepada semua rakyat Malaysia.

Sempena Merdeka ini, HABIB melancarkan kempen ‘Tanah Airku’ yang meraikan keindahan perpaduan dan diversiti di Malaysia. Diilhamkan daripada warisan unik multikulturalisme negara, kempen Merdeka tahun ini memberi penghormatan kepada elemen budaya ikonik Malaysia, daripada flora dan fauna asli kepada mercu tanda bersejarah dan komuniti etnik yang berbeza. Kempen ini juga mengambil inspirasi daripada setem ‘first day cover’, sebagai penghargaan akan koleksi setem bersejarah Malaysia.

“Kami sentiasa memegang kepercayaan teguh dalam meraikan identiti kami sebagai jenama tempatan yang membanggakan, untuk melambangkan kreativiti, inovasi, daya ketukangan dan nilai terbaik Malaysia. Moto jenama kami ‘The Gift of Happiness‘ adalah janji untuk memberikan kegembiraan dan keunikan dalam semua yang kami lakukan, yang diterjemahkan pada produk, jenama yang kami bawa; dan unsur-unsur Malaysia daripada kempen tahun ini,” jelas Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.

“Khusus untuk Merdeka, kami memperkenalkan edisi baharu wafer syiling emas 999.9 dengan elemen ikonik dari negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Sambil kita mengangkat keindahan negara pada bulan ini, dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Wafer Syiling Emas 999.9 HABIB Edisi Tanah Airku menampilkan lima reka bentuk yang meraikan keindahan tanah air kita. Setiap reka bentuk menampilkan simbolisme dan motif tempatan yang terkenal dari pelbagai wilayah di Malaysia, daripada keindahan seni bina pusat bandar raya kepada keindahan alam semula jadi negeri Sabah dan Sarawak di Borneo Malaysia. Setiap wafer syiling emas berharga RM138 atau RM690 sebagai set istimewa.

Kempen HABIB ‘Tanah Airku’ Merdeka 2024 akan menghiasi semua bilik pameran HABIB dari 1 Ogos hingga 1 September 2024. Sebagai sebahagian daripada kempen, HABIB akan mengadakan satu siri lawatan bilik pameran edisi Merdeka di seluruh negara, bermula dengan HABIB Semua House di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2024 sebelum mengakhirkan perjalanan di HABIB The Spring di Kuching, Sarawak pada 16 September 2024 bersempena Hari Malaysia.

Sepanjang bulan ini, pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM35 segram untuk barangan kemas emas 916 dan 999, diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata; dan dapatkan jam tangan pintar Ice Smart Two untuk setiap pembelian melebihi RM10,000 bagi barangan kemas emas, berlian dan batu permata (tertakluk pada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB) untuk maklumat terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *