(SEMASA) HABIB RAIKAN LEMBARAN BAHARU DENGAN PEMBUKAAN BILIK PAMERAN HABIB SEMUA HOUSE

Spread the love

HABIB, salah satu jenama barangan kemas terkemuka, menandakan lembaran baru bermakna hari ini dengan pembukaan HABIB Semua House, sebuah lokasi penuh nostalgia yang telah membawa HABIB daripada permulaan yang sederhana di Pulau Pinang, kepada jenama barangan kemas yang besar di negara.

Sejak pembukaan bilik pameran Semua House yang pertama pada tahun 1986, nama HABIB telah sinonim dengan daya ketukangan yang bermutu tinggi dan rekaan barangan kemas yang selari dengan peredaran zaman. Pusat membeli-belah Semua House dan kawasan Masjid India memainkan peranan penting dalam sejarah jenama ini, dan bilik pameran HABIB Semua House melambangkan permulaan baharu dalam legasi 66 tahun HABIB. Dengan lokasi yang kini lebih strategik iaitu di atas tangga utama, HABIB Semua House mempunyai keluasan keseluruhan sebesar 2,723 kaki persegi dan direka istimewa untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingannya.

Dengan reka bentuk yang moden, HABIB Semua House bukan sahaja menjadi mercu tanda yang melambangkan perjalanan warisan HABIB, malah juga dedikasinya yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan, inovasi dan komitmennya kepada generasi yang akan datang. Pembukaan ini juga membuktikan semangat jenama HABIB terhadap pembangunan Masjid India sebagai destinasi yang bersemarak dan kaya dengan budaya.

“Hari ini, kami memulakan lembaran baharu yang meraikan ikatan teguh antara HABIB dan komuniti di Masjid India. Dengan pembukaan HABIB Semua House, kami kembali ke akar umbi kami dengan tenaga yang cergas dan keinginan untuk kembali erat bersama generasi pelanggan yang telah membesar bersama HABIB,“ kata Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib. “Kami adalah jenama bergenerasi dan kami teruja untuk melihat Semua House berkembang maju dengan semangat dan konsep yang baru, bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan bersama pelanggan setia yang menpunyai kenangan indah bersama kita di Semua House, tetapi juga dengan golongan anak muda yang akan meluangkan masa di sini. Kami tidak sabar untuk menghadiahkan pelanggan dengan ‘The Gift of Happiness’ di ruang terbaru ini yang benar-benar bergema dengan perjalanan kami selama 66 tahun,” tambah Dato’ Sri lagi.

HABIB Semua House menawarkan pelanggan dengan suasana baharu untuk menikmati sendiri bilik pameran ini yang melengkapkan mercu tanda ikonik ini secara lebih berharmoni:

● Satu konsep yang indah dan semula jadi yang mengekalkan bahasa reka bentuk dan DNA yang diperbaharui HABIB, dengan permaidani kelabu berwarna neutral, jubin lantai simen dan upholsteri yang diserlahkan dengan sentuhan kemasan logam nikel dan ciri-ciri batu kuarza semula jadi.

● Ruang istirahat yang berasingan dengan panel berlogokan HABIB serta dinding kolaj foto yang mempamerkan bilik pameran HABIB Semua House yang pertama.

● Pameran barangan kemas dan pameran dinding syiling wafer emas dengan kehalusan elemen kayu-kayan desa.

● Meja konsol yang dibina khas sebagai hiasan bilik pameran, dan meja konsultasi yang diperbuat daripada batu kuarza dan panel bergalur melengkung.

● Bahagian resepsi yang diperbuat daripada batu kuarsa dengan dinding latar belakang bercirikan nikel melengkung yang minimalis.

● Fasad bangunan dan dinding konkrit bertekstur dalam tona hangat lembut kuning air dan coklat, dengan dinding aksen stuko dalam warna magenta khas HABIB.

Selain konsep asli dan semula jadi baharu, pelanggan dan peminat barang kemas boleh menerokai pelbagai jenis barangan kemas, daripada koleksi Oro Italia 916 yang terkenal, batu permata yang unik dan koleksi berlian yang menawan.

Untuk maklumat lanjut, layari bilik pameran kami yang terletak di GF-08 & GF-09, Tingkat Bawah, Semua House atau hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di 012-9167506. Untuk butiran terkini, layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial rasmi di Instagram (@habibjewelsofficial), Facebook dan LinkedIn (@HABIB).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *