(SEMASA) HABIB TAMPIL KONSEP BILIK PAMERAN BARU SERBA MODEN DAN MEWAH DI BANGSAR VILLAGE II

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 NOVEMBER 2021 – HABIB, sebuah jenama barangan kemas tempatan telah membuka secara rasminya bilik pameran terbaru di Bangsar Village II. Berkeluasan 2,399 kaki persegi (223 meter persegi), ini merupakan bilik pameran HABIB pertama yang mempunyai ruangan istimewa untuk memberi suasana mewah dan lebih keselesaan kepada pelanggan yang datang berkunjung. 

Rekaan dalaman di bahagian eksklusif bilik pameran terbaru ini menggabungkan elemen ‘champagne hairline’ serta kaunter yang jernih dihiasi kain suede berona biru disekelilingnya menyerlahkan kemewahan ruangan tersebut. Konsep ‘wainscoting’ yang diterapkan pada dinding bilik pameran ini, memberikan keunikan kerana ia tidak terdapat di bilik pameran yang lain. Di ruangan eksklusif ini juga tersedia ruangan tertutup untuk perbincangan privasi serta ruangan makan untuk VIP. HABIB menawarkan khidmat konsultasi secara percuma kepada para pelanggan seperti perkhidmatan mengubah suai barangan kemas ‘custom made’ dan penilaian barangan kemas emas serta berlian. Selain itu, turut tersedia ruangan menunggu dilengkapi sofa untuk menjamin keselesaan pelanggan.

Pada sudut lain, reka hiasan dalaman diinspirasikan daripada rekaan klasik dan elegan, bermotifkan kayu serta gabungan warna pastel membuatkan bilik pameran ini kelihatan minimalis namun kekal eksklusif. Malahan, bilik pameran ini mempunyai ruangan khas untuk bakal mempelai yang akan melangsungkan perkahwinan di mana ruangan ini menawarkan rekaan-rekaan barangan kemas yang sering menjadi permintaan bakal pengantin untuk majlis perkahwinan. Kepakaran yang dimiliki oleh warga kerja HABIB selaku jauhari permata peribadi akan lebih menambah kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Seperti bilik-bilik pameran yang lain, bilik pameran ini juga menawarkan seleksi barangan kemas yang merangkumi koleksi dari emas, berlian, batu permata dan mutiara.

Mohd Zaruddin Mahmud, Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB berkata, “Dunia digital yang tidak bersempadan kini telah merubah corak orang ramai dalam membeli-belah. Meskipun platform e-dagang telah berkembang namun ianya tidak dapat memberikan pengalaman seperti yang ditawarkan di kedai fizikal. Pembukaan bilik pameran terbaru HABIB menjanjikan suasana yang luas dan lebih selesa, sesuai dengan keadaan di zaman norma baharu dalam kita menangani fasa endemik Covid-19.”

Mohd Zaruddin menambah, “Sebagai bilik pameran HABIB yang terbesar ketika ini, bilik pameran ini merupakan satu-satunya bilik pameran yang mempunyai dua rekaan dinding utama yang berbeza iaitu dinding gelas tekstur ozon serta dinding utama cermin dengan corak logo HABIB. Rekahias ini bersesuaian dengan konsep yang ditampilkan iaitu moden dan mewah. Tambahan lagi, pintu masuk di bilik pameran ini lebih istimewa kerana ianya lebih besar daripada bilik pameran yang sedia ada, serta terdapat sebuah skrin LED sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pameran membuatkan ia kelihatan lebih mengalu-alukan.”

Konsep baharu yang diketengahkan ini adalah taruhan terbaru HABIB bagi menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke bilik pameran untuk mendapatkan koleksi-koleksi terkini dalam keadaan yang selesa dan selamat. Perkhidmatan dan kualiti yang ditawarkan adalah setanding dengan jenama antarabangsa namun pada harga yang berpatutan. 

Berikutan pembukaan bilik pameran ini juga, para pelanggan boleh menjamu mata dengan koleksi barangan kemas yang terbaru dari HABIB antaranya koleksi Oro Italia 916® yang terkenal, berlian bersijil dan koleksi batu permata. Buat yang meminati pelaburan emas, HABIB menawarkan jongkong emas pelbagai berat bermula dari satu gram sehingga satu kilogram, berserta koleksi wafer emas buat mereka yang gemar mengumpul barangan edisi terhad, dan wang emas yang sesuai dijadikan hadiah mahupun hantaran perkahwinan. 

Untuk mendapatkan informasi berkenaan promosi terkini HABIB, sila layari laman sesawang di www.habibjewels.com atau ikuti kami di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *