Hari Ibu bakal tiba tidak lama lagi — sebuah hari yang teristimewa buat insan yang bergelar ibu di seluruh dunia. Sementara Hari Ibu menandakan sebuah ingatan terhadap kasih sayang yang tidak berpenghujung, wanita luar biasa yang telah membesarkan kita dengan baik ini juga harus dihargai setiap hari. HABIB kongsikan beberapa idea pemberian istimewa untuk dihadiahkan kepada ratu hati anda:
Cipta kebahagiaan dengan sentuhan eksklusif
Hadiahkan ibu anda seutas rantai tangan atau gelang dengan rekaan yang indah sebagai simbol penghargaan yang abadi. Biarlah hadiah ini menjadi pengingat yang kekal terhadap impak besar yang telah dibuatnya dalam hidupmu.
Ikatan abadi bersama rantai tangan H by HABIB (RM39,569)
Eratkan hubungan dengan kilauan rantai tangan daripada koleksi H by HABIB, yang dihalusi emas putih 750 (18K). Rekaannya yang teliti menampilkan kombinasi berlian potongan bulat dan tirus(tapered) yang menyerlahkan gaya elegan yang bergemerlapan indah apabila dipakai. Rantai tangan H by HABIB ini pastinya akan menjadi simbol ikatan berkekalan buat anda dan yang tersayang.
Rantai tangan tiga warna bertatahkan berlian (RM60,620)
Rantai tangan berlian potongan bulat daripada HABIB ini pasti akan menjadi pujaan hati ramai. Dihasilkan dengan sentuhan halus, rantai tangan ini ditatahkan berlian dalam rona emas 750 (18K) berwarna putih, kuning dan ros. Rekaannya yang bersilang menandakan jalinan dan hubungan yang kukuh antara anak dan ibu tersayang, menjadikannya sebuah tanda kasih sempurna yang kekal tegar selamanya.
Gelang tangan bertatahkan berlian dan batu permata safir biru(RM23,545)
Suntikkan kelainan kepada stail ibu tercinta dengan gelang tangan berlian dan batu safir biru yang indah ini dari HABIB. Dihasilkan dengan daya ketelitian yang luar biasa, gelang tangan ini menampilkan butiran berlian potongan bulat di sekeliling batu permata biru safir, menghasilkan motif flora yang memikat hati. Melambangkan simbol kasih sayang yang abadi, gelang tangan ini menyerlahkan gaya yang sesuai buat pelbagai acara, menambahkan lagi sentuhan keanggunan dan elegan.
Rona yang lembut dan manis, semanis ibu anda!
Serikan gaya permaisuri hati anda dengan barangan kemas yang mencerminkan personaliti manisnya, dan ekspresikan cinta dan penghargaan anda dengan sesuatu yang bersinar indah sepertinya:
Cincin turmalin dua rona yang diikat emas putih 750 (18K) (RM36,295)
Untuk batu permata yang unik dan lain daripada yang lain, cincin turmalin dua warna – hijau dan oren seberat 3.9 karat ini merupakan salah satu pilihan menarik. Diikat kemas dengan emas putih 750 (18K), cincin yang menawan ini dikelilingi berlian yang indah meliuk jemari, menyerlahkan gaya mewah dan tersendiri.
Cincin flora diikat emas ros 750 (18K) (RM13,425)
Cincin berteterapan batu permata safir ungu seberat 3 karat yang menawan ini didatangkan dengan emas ros 750 (18K), dan disusun indah bak kelopak bunga. Sinaran butiran berlian turut mengelilingi safir ungu tersebut bagi menambahkan sentuhan yang mempesonakan pada reka bentuk cincin ini.
Cincin turmalin merah jambu dengan emas putih 750 (18K) (RM36,295)
Jika ibu anda lebih gemarkan gaya yang maksimalis dengan jalur cincin yang lebih lebar, cincin turmalin merah jambu 4.5 karat yang diikat emas putih 750 (18K) ini adalah pilihan yang ideal. Diserlahkan lagi dengan berlian yang memukaukan, cincin ini pasti akan melengkapkan citarasanya yang teristimewa.
Sentuhan istimewa yang mampu milik
Jika anda sedang mencari sesuatu yang unik dengan harga yang berpatutan, dapatkan barangan kemas dengan rekaan terbaru yang apabila diberi, pasti akan memberi lebih makna kepada yang tersayang. Antara rekaan yang indah dan mampu milik adalah cincin tanzanite yang bertatahkan berlian ini (RM5,280). Menampilkan batu permata tanzanite 1.89 karat, cincin yang anggun dengan potongan trilion yang unik ini turut ditatahkan dengan berlian dan diikat emas putih 750 (18K). Harganya yang berpatutan dan kualitinya yang tinggi menjadikannya hadiah yang bermakna dan dipenuhi kilauan kasih sayang.
Cincin tanzanite dan berlian (RM5,280)
Kongsikan simbol kasih dan keikhlasan dengan set anting-anting (RM7,405) dan cincin (RM4,495) daripada Koleksi Myra yang didatangkan dalam emas 750 (18K) berona emas ros dan kuning. Rekaannya yang berbentuk hati ini dan sempurna sebagai tanda ingatan akan keakraban yang indah, dan sesuai dipakai sebagai penyeri gaya untuk pelbagai acara. Sebagai pilihan menarik dengan harga yang berpatutan, hadiahkan ibu anda sesuatu yang teristimewa bagi mencerminkan rasa kasih anda ini yang tidak berbelah-bahagi tanpa melampaui bajet.