(SEMASA) HIDANGAN PENUH “ONG” DENGAN KFC GOLDEN EGG CRUNCH CHICKEN DAN GOLDEN BURGER

Spread the love

Pic3

KFC Malaysia meraikan para penggemarnya pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini dengan menu berinspirasikan resipi oriental – KFC Golden Egg Crunch Chicken dan KFC Golden Burger! Hidangan terbaru yang inovatif ini menjanjikan satu citarasa yang unik serta lazat yang belum pernah dinikmati oleh para pelanggan setia KFC sebelum ini.

Pic4

“Penggemar KFC sering mengimpikan olahan-olahan resepi terbaru dan mengujakan sebagai tambahan kepada resepi tradisi kami iaitu ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy kegemaran mereka. Oleh itu, sempena musim perayaan yang akan datang, kami dengan berbesar hati memperkenalkan kepada semua kerangupan serta kelazatan ciptaan terbaru yang unik ini,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

 “Kami yakin produk baru ini bakal menjadi hidangan istimewa kepada jamuan makan malam seisi keluarga terutama sekali pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini,” tambah beliau.

Pic2

KFC Golden Egg Crunch merupakan ayam goreng KFC yang diperap dalam limpahan koleksi rempah ratus oriental yang memberikan ayam goreng empuk ini sentuhan rasa pedas dan turut disalut telur keemasan. Ia memberikan pelanggan satu rasa yang penuh “ong” bagi memulakan tahun baru ini.

Bagi penggemar burger, mereka boleh menikmati KFC Golden Burger yang juga dicipta khusus sempena musim perayaan ini. Dengan slogan ‘Setiap Gigitan Pasti Ong!’, pelanggan boleh menikmati kelazatan filet ayam yang diperap dengan rempah ratus oriental dan disalut telur keemasan.

Lebih Jimat, Lebih ONG!, Dengan harga yang amat menakjubkan iaitu dari hanya RM9.95* untuk hidangan Lunch & Dinner Treats, para pelanggan kini boleh menikmati hidangan dua ketul ayam goreng KFC Golden Egg Crunch bersama-sama dengan hidangan sampingan yang lazat beserta minuman Sjora Mango Peach bersaiz biasa. Para pelanggan juga boleh memilih kombo Golden Burger pada harga yang sama.

Pic1

KFC Golden Egg Crunch juga boleh didapati dalam kombo Golden Feast yang mengandungi 9 ketul ayam, kentang putar bersaiz besar, dan PERCUMA coleslaw besar berserta sebotol Pepsi (1.5 Liter). Kombo ini boleh dikongsi dengan empat hingga lima orang untuk hanya RM40.00* (hanya RM8.00 seorang!).

Selaras dengan promosi ini, KFC turut memperkenalkan KFC Fortune Jar, iaitu satu balang unik dan menarik yang boleh didapati dalam dua pilihan warna – klasik dan emas. Balang ini juga boleh dibeli secara berasingan atau secara percuma melalui pembelian hidangan Golden Bucket.

Mulakan tahun 2015 yang penuh “ONG” ini dengan hidangan KFC Golden Egg Crunch dan Golden Burger mulai 22 Januari, sementara stok masih ada.

 (*Harga sah di semua restoran kecuali di Genting, Legoland dan Lapangan Terbang)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *