(SEMASA) Hilangkan Bunyi Bising yang Berserabut dengan Philips HTL7140B, Menggunakan Kod Nama Katana, Inilah Soundbar Saluran 5.1 yang paling Elegan dan Tajam

Spread the love

Katana_001

Gibson Innovations dengan bangganya  memperkenalkan pembesar suara soundbar Philips HTL7140B yang sangat elegan dan berkuasa tinggi. Dengan perhatian khusus diberikan kepada reka bentuk dan teknologi inovatif, soundbar ini dijangka mampu memberi kejutan serta menarik perhatian para pendengar.

Katana_002

Dengan rekaan cuma setinggi 38mm dan kedalaman 54mm, reka bentuknya yang sangat nipis itu bagaimanapun mampu menjana saluran bunyi 5.1 yang jauh lebih mengasyikkan berbanding saiznya. Maka tidak hairanlah ia diberi kod nama ‘Katana’ yang merujuk kepada pedang tradisional Jepun.

“Pada mulanya, rekaan pembesar suara soundbar, kami tahu bahawa produk dengan saluran bunyi 5.1 akan menjadi salah satu bahagian yang penting dalam portfolio kami,” kata Ketua Perniagaan Gibson Innovations Malaysia, Andrew Tan. “Dengan itu, kami bangga      untuk mengumumkan produk pembesar suara soundbar Philips HTL7140B. Ia merupakan pembesar suara soundbar dengan saluran 5.1 pertama kami yang dilengkapi teknologi Ambisound Philips. Teknologi ini berupaya menghasilkan semula bunyi keliling yang menakjubkan tanpa mengira bentuk atau saiz sesebuah bilik.”

Berbeza dengan kebanyakan saoundbar yang memiliki saluran 2.1, saluran 5.1 yang ada pada HTL7140B dibina bersama enam unit amplifier untuk menawarkan kualiti bunyi yang terbaik. Sistem 5.1 menggunakan saluran dan konfigurasi pembesar suara yang sama. Sama ada pada bahagian hadapan (kiri dan kanan), saluran tengah, dua saluran keliling dan sebuah subwoofer. Digabungkan dengan tweeters yang diletakkan pada kedudukan sudut 45° dan teknologi Ambisound Philips, HTL7140B mampu menghasilkan bunyi yang jauh lebih besar berbanding saiznya.

Pembesar suara soundbar Philips HTL7140B turut merangkumi sebuah subwoofer tanpa wayar dengan woofer bersaiz 8” untuk memberikan bunyi bass yang berkuasa tinggi dan boleh dipamerkan dengan kemas. Hasilnya, bunyi yang benar-benar mengasyikkan serta saluran bunyi 5.1 dengan kuasa 320W mengagumkan yang sesuai untuk apa jua bilik. Para pendengar pasti kagum dengan kualiti dan saiz bunyi yang dapat dikeluarkan oleh soundbar ini.

Katana_003

Soundbar ini hadir bersama rekaan yang runcing dan moden. Sementara gril berwarna hitam membalut kedua-dua bahagian hujungnya. Bahagian bucu yang serong pada bahagian hadapannya menghasilkan satu kemasan yang cantik bersama satu plat aluminium. Sekali gus memberi kilatan yang premium pada bahagian atasnya.  Pada bahagian atas soundbar ini, satu panel hitam berkilat dinyalakan untuk menunjukkan fungsi panel sentuhan yang akan disimpan rapi apabila tidak digunakan.

Pembesar suara soundbar Philips HTL7140B membolehkan anda membuat penyambungan mudah dengan semua format hiburan melalui HDMI CEC (Easy Link). Teknologi ini menawarkan operasi pantas dengan satu alat kawalan jauh. Anda juga boleh menggunakan panel sentuhan pada soundbar untuk menghidupkan (on/off), menukar sumber audio dan suara (volume). Selain daripada itu, Pembesar suara soundbar Philips HTL7140B juga berfungsi dengan HDMI ARC untuk sambungan kabel yang lebih mudah. Pembesar suara soundbar juga boleh berfungsi dengan fungsi Bluetooth dan NFC untuk tujuan penstriman muzik.

Pembesar suara soundbar Philips HTL7140B juga berfungsi dengan paparan HDMI 1.4 4K yang menjana sistem-sistem teater rumah mewah dan turut digunakan oleh panggung wayang komersial. Sokongan standard paparan ini membolehkan Philips HTL7140B bersifat lebih mapan dengan teknologi masa depan.

Philips HTL7140B kini boleh didapati di seluruh negara pada harga cadangan RM2,331 (termasuk GST).


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *