(SEMASA) Hobi Tenang Yang Menguntungkan Di Kolam Ikan Abah23 Paradise

Spread the love

SELANGOR : Bertempat di Kolam Ikan Abah23 Paradise di Sungai Nibong Sekinchan Kuala Selangor telah berlangsungnya pertandingan memancing ikan air masin bagi maikan ulangtahun pertama Abah23 Paradise.

Abah23 Paradise yang menjadi lubuk kaki pancing ikan air masin ingin berkongsi rezeki mereka menerusi pertandingan memancing  bersempena keraian ulangtahun sulung kolam pancing itu yang telah beroperasi sejak Mei tahun 2023 yang lalu sekaligus banyak mencipta momen-momen manis bersama para pemancing ikan air masin pertama di Selangor.

Konsep berkongsi rezeki bersama Nelayan Darat terus menjadi simbolik kejayaan kepada Abah23 Paradise. Pengusahanya Razif Aini berkata, pertandingan ini akan terus diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong kejayaan mereka menguruskan kolam pancing ikan air masin.

Sesi pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi dengan yuran serendah RM200. Pertandingan bermula pada jam 10 pagi dan 15 pemenang berjaya membawa pulang ganjaran wang tunai dari 300 ringgit sehingga 2 ribu ringgit.

Seramai 220 peserta telah mendaftar dan menyertai pertandingan tersebut di mana penganjur telah melepaskan sejumlah 1055 ekor ikan (hampir 1 tan)  ke dalam kolam seluas 2 ekar merangkumi 8 spesis ikan air masin antaranya Siakap, Jenahak dan Kaci.

Hamzah Musa, 53 tahun merupakan peserta bertuah yang telah membawa pulang sebuah motosikal Yamaha RXZ yang bernilai hampir RM20,00.00 menerusi cabutan nombor bertuah manakala  Mohamad Zaidi Sungip, 35 tahun pula membawa pulang motorsikal Yamaha LC 135. Hadiah utama wang tunai RM3,000.00 pula dimenangi oleh Mohd Azhar Yusof berumur 39 tahun apabila berjaya menaikkan ikan siakap seberat 3.38 kilogram.

Abah23 Paradise berharap pertandingan ini dapat menghidupkan fenomena Nelayan Darat dan juga mencetuskan hobi yang membuahkan pendapatan lumayan kerana pelanggan Abah23 Paradise tidak pernah pulang dengan tangan kosong.

Selain itu, pelanggan juga boleh menjudl hasil pancingan kepada sesiapa sahaja manakala Abah23 Paradise turut bersedekah beberapa ekor ikan kepada pelanggan yang gagal mendapatkan hasilnya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *