(SEMASA) Hot Wheels® Proton Saga Edisi Istimewa Kebanggaan Malaysia Yang Pertama Papar Rekaan Kanak-Kanak

Spread the love

 

Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 – Bagaikan mimpi apabila menerima gelaran “pertama di dunia”, demikianlah kisah anak Malaysia cilik berumur 9 tahun apabila mimpinya menjadi realiti. Saw Jane Harn, 9, dari Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak 2023 sekali gus menjadikan dia sebagai kanak-kanak pertama yang mencipta sejarah apabila karya rekaan tangannya digunakan sebagai pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels. Rekaannya* akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran di seluruh negara pada tahun 2024.

Pada tahun 2022, Hot Wheels® dan PROTON melancarkan prototaip kolaborasi pertama mereka: Model kereta permainan Hot Wheels skala 1:64 inspirasi Proton Saga ikonik tahun 1985, kereta nasional pertama Malaysia, sempena sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia. Hot Wheels Proton Saga akan dibawa ke pentas global selepas ia menjadi antara koleksi individual Hot Wheels dengan jualan terlaris di dunia – dengan Mattel Malaysia sebagai pengeluar tunggal.

Pada tahun 2023, Hot Wheels dan PROTON membawa kolaborasi mereka ke tahap lebih bermakna menerusi pengumuman Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak.  Jenama tersebut mengundang kanak-kanak di serata negara untuk menyertai inisiatif bersejarah ini dengan mereka kad pek blister yang mencerminkan nilai “Kereta Nasional Malaysia” untuk dipaparkan pada produk edisi istimewa tersebut. Lebih 386 si cilik berumur 4-12 tahun menghantar penyertaan, menumpahkan warna-warna patriotisme biru, putih, merah dan kuning yang tersendiri. Namun keputusan berpihak kepada Saw Jane Harn, 9; Ezra Rehan Pal, 11; dan Austin Goh Zi Hao, 11, yang menyandang tiga tempat terbaik.

“Selebih 50 tahun, Hot Wheels dikenali akan usahanya untuk mencetus dan mengasah semangat berjuang dalam diri setiap kanak-kanak agar mereka mampu mencapai potensi mereka,”ujar Murat Ariksoy, Pengurus Besar, Mattel Asia Selatan. Aspirasi kami adalah untuk membawa pengalaman baharu yang mengujakan bagi menggalakkan kanak-kanak mengembangkan kemahiran serta keyakinan dalam mendepani dunia, melalui gabungan pertandingan, eksperimentasi dan kreativiti. Kami gembira dapat berkolaborasi dengan PROTON dan mewujudkan pertandingan ini dengan tujuan memperkasakan generasi akan datang untuk berani menyahut ‘Cabaran Diterima!”

Ilham rekaan Saw meraikan kepelbagaian nilai alam dan kegemilangan Malaysia, daripada enggang badak dan bunga raya, burung dan bunga kebangsaan, kepada Tugu Negara.

“Elemen-elemen Malaysia pilihan Jane Harn untuk rekaannya merangkumkan perlambangan sempurna negara kita yang tercinta” ujar Azlan Othman, Ketua Pereka, PROTON, yang bertindak sebagai salah seorang juri untuk pertandingan tersebut. “Kami berpendapat karya seni kreatifnya dalam mencerminkan ikon-ikon Malaysia akan menjadi latar mengagumkan untuk Hot Wheels Proton Saga.”

“Kami amat berterima kasih kepada Mattel atas peluang ini,” kongsi Tang Sing Chant, wakil ibu bapa pemenang. “Mereka tidak hanya menganugerahkan pencapaian hebat kepada anak kami, malah menyemarakkan apresiasi kepada negara. Kami tidak sabar untuk melihat kad pek blister secara fizikal kelak dan masih terasa seperti bermimpi ia akan berada di pasaran untuk jualan di kedai-kedai seluruh Malaysia.”

*Reka bentuk yang memenangi pertandingan akan menjalani semakan pra-pengeluaran untuk mengenal pasti sebarang kawalan selia atau kelulusan lain yang mungkin diperlukan, dan pasukan Mattel/Proton akan berusaha untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Pasukan ini berharap untuk mengekalkan sebanyak mungkin elemen reka bentuk asal dan berhasrat untuk melancarkannya pada tahun 2024.

Tiga pemenang utama dan tiga pemenang saguhati pertandingan tersebut membawa pulang hadiah wang tunai, produk-produk Hot Wheels, koleksi Edisi Terhad Hot Wheels, serta pengalaman sesi temu mesra (meet & greet) bersama Matt Gabe, Ketua Pereka Pek Bungkusan Hot Wheels, yang diterbangkan dari Amerika Syarikat.

“Di Hot Wheels, kami sentiasa mereka berasaskan perspektif kanak-kanak, jadi ia amat menarik untuk melihat perspektif kanak-kanak sendiri menerusi pertandingan ini sekali gus membuatkan kita bertanya: bagaimana dunia kereta dari kaca mata mereka?” jelas Matt Gabe, Ketua Pereka Pek Bungkusan Hot Wheels.

Ulang Tahun Ke-40 Mattel Malaysia, kilang pembuatan Hot Wheels terbesar di dunia, menandakan pelbagai permulaan: kolaborasi pertama jenama itu bersama PROTON, peluang sulung membawa kereta nasional Malaysia kepada masyarakat di seluruh dunia, dan model kereta permainan Hot Wheels pertama memaparkan pek bungkusan karya rekaan kanak-kanak.

“Seperti Mattel Malaysia yang menyambut ulang tahunnya ke-40 pada tahun 2022, PROTON juga meraikan ulang tahun ke-40 pada 7 Mei lalu. Saga pula berusia 38 tahun pada 9 Julai 2023, sekali gus menjadikan Hot Wheels Proton Saga sebuah manifestasi tepat meraikan pencapaian dalam sejarah syarikat ini. Kami menantikan lebih banyak kolaborasi dengan rakan kerjasama seperti Mattel Malaysia yang juga seperti PROTON, telah memainkan peranan penting terhadap menginspirasi budaya kereta Malaysia serta memupuk rasa cinta terhadap kereta nasional,” ujar Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Para peminat kereta di Malaysia dan seluruh dunia bakal menantikan keluaran Hot Wheels Proton Saga yang dijadualkan memasuki pasaran di lebih 150 negara bermula Disember 2023. Hot Wheels Proton Saga Edisi Terhad dengan pek bungkusan rekaan pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak pula akan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2024 di kedai-kedai permainan utama, gedung beli-belah, pasar raya besar, kiosk stesen minyak, pembelian talian, dan kedai-kedai serbaneka di seluruh negara.

Untuk informasi lanjut tentang kolaborasi Hot Wheels X PROTON, layari https://www.facebook.com/hotwheels.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *