Kuala Lumpur, 17 Feb 2014 : Huawei, syarikat pembekal penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka global, hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan kewujudannya di Malaysia tahun ini dengan membawa masuk lebih banyak peranti mudah alih perdana serta membuka kedai di pusat-pusat pasaran utama. Selain itu, syarikat gergasi telekomunikasi itu juga merancang untuk meningkatkan lagi aktiviti komunikasi pemasarannya bagi membina kesedaran yang lebih kukuh mengenai jenama Huawei di negara ini.
Dalam taklimat media di sini, hari ini, Gary Xu, Pengarah Negara bagi Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei di Malaysia berkata, “Sejak 2011, Huawei Malaysia telah menampilkan kewujudannya dalam pasaran pengguna menerusi langkah memperkenalkan rangkaian hebat peranti mudah alih yang memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna. Kami berasa gembira untuk menyatakan bahawa usaha kami kini membuahkan hasil. Satu kajian yang dijalankan oleh
IPSOS, sebuah syarikat penyelidikan pasaran global, menunjukkan kesedaran mengenai jenama Huawei dalam kalangan pengguna Malaysia pada 2013 ialah 39%, satu pencapaian yang membanggakan kerana kami hanya memulakan program pengguna kami dua tahun lepas. “Berdasarkan momentum ini, kami bersedia untuk terus meningkatkan lagi pertumbuhan kami pada 2014. Strategi kami tahun ini adalah serampang tiga mata. Pertama, kami akan membuka beberapa kedai konsep Huawei di lokasi-lokasi utama di Kuala Lumpur dan mungkin di pusat pasaran lain bagi membolehkan para peminat kami dan orang ramai untuk meninjau dan membeli produk kami. Sempena pembukaan kedai-kedai konsep ini, kami akan membawa masuk lebih banyak model perdana ke dalam pasaran Malaysia. Akhir sekali, dan tidak kurang pentingnya, kami akan menambah pelaburan kami dalam komunikasi pemasaran termasuk memperbanyakkan lagi aktiviti lapangan dan promosi pengguna.”
Semasa taklimat media itu, Xu juga mengumumkan para pemenang bagi pertandingan percutian global Huawei yang baru berakhir iaitu ‘Unlock Possibilities’. Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ mempelawa para peminatnya untuk bermain permainan dalam talian dan saling berhubung bagi merebut peluang untuk memenangi rangkaian hadiah menarik yang termasuk dua (2) buah kereta Mercedes-Benz. Pertandingan ini diadakan pada laman Facebook Huawei Device dan laman mudah alih unlockpossibilities.mobi dari 1 Disember, 2013 hingga 31 Disember, 2013.
“Pertandingan ini menerima sambutan hangat dan melangkaui jangkaan kami! Ia menarik lebih 3.8 juta penyertaan dari 32 negara,” kata Xu. “Apa yang membanggakan kami ialah rakyat Malaysia menyapu bersih semua hadiah utama bagi pertandingan ini. Kedua-dua pemenang bagi hadiah utama kereta Mercedes-Benz adalah rakyat Malaysia, dan ini merupakan kemenangan yang menakjubkan. Ia membuktikan bahawa mesej ‘Make it Possible’ (Pastikan ia Boleh) benar-benar senada dengan semangat “Malaysia Boleh” para peminat kami,” tambah beliau.
Pada majlis penyampaian hadiah itu, dua pemenang hadiah utama menerima kereta Mercedes-Benz E200 yang setiap satunya bernilai RM366,888. Ketika ditemu ramah, Vincent Tay Boon Seng, 30, dari Seremban dan Lim Hoe Lee, 50, dari Kuala Lumpur nyata amat gembira dengan kemenangan mereka. “Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ adalah satu permainan dalam talian yang menyeronokkan dan saya menyertainya tanpa menyangka langsung akan memenangi hadiah utama. Ini sememangnya satu impian menjadi kenyataan – terima kasih kepada Huawei kerana memastikannya boleh !” kata Lim, seorang eksekutif jualan.
Vincent, seorang pembantu tadbir yang kini bekerja di Singapura, berkata, “Ini adalah permulaan yang hebat bagi tahun baharu. Ia adalah satu kejutan yang menyeronokkan untuk mengetahui bahawa seorang lagi pemenang ialah rakan permainan Facebook saya, Lim. Huawei sememangnya boleh memastikan adanya hubungan!” Sebanyak 60,000 hadiah pakej tambahan juga diberikan kepada para peserta pertandingan
‘Unlock Possibilities’ Huawei di seluruh dunia, yang termasuk telefon pintar Ascend P6 HUAWEI yang cantik dan tipis dengan ketebalannya hanyalah 6.18mm dan menampilkan pemproses 1.5GHz empat teras dan badan logam yang anggun. “Pertandingan ‘Unlock Possibilities’ terus menunjukkan komitmen Huawei untuk memastikan saling berhubung boleh dilakukan dan memberikan pengalaman luar biasa bagi semua orang di semua tempat. Ini member permulaan yang kukuh bagi 2014 dengan kami terus membawa keseronokan teknologi kepada lebih ramai orang di seluruh dunia dan di Malaysia,” kata Xu