Putrajaya, 28 Februari 2026 – Sempena Ramadan yang penuh keberkatan, Marvelous Mama Sdn Bhd mempersembahkan Pembukaan Iftar di Rumah Lauk, sebuah pengalaman bufet Ramadan berkonsepkan masakan kampung dan warisan yang akan berlangsung di Nafoura Hall, LC-01, Shaftsbury Putrajaya. Syarikat juga akan mengumumkan perancangan pembukaan restoran tetap Rumah Lauk di Kuala Lumpur pada penghujung April ini, diikuti dengan pembukaan restoran dengan jenama yang sama di London dan Jakarta pada tahun ini juga.
Mengangkat konsep “Dari Dapur Kami ke Meja Anda”, inisiatif ini membawakan hidangan autentik bercitarasa rumah kepada masyarakat, khususnya keluarga dan organisasi korporat di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Serdang. Pada kadar harga di bawah Rm100 untuk buffet Ramadan,Iftar di Rumah Lauk menawarkanLebih 150 variasi hidangan kampung setiap hari, Menu tradisi dan warisan Malaysia,Persembahan buskers secara langsung setiap hari,Kehadiran selebriti jemputan setiap hujung minggu,Kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Untuk pembukaan hari ini “200 pelanggan terawal adalah percuma”.
Keistimewaan: Rusa Golek Setiap Hari
Berbeza daripada kebanyakan bufet Ramadan yang menawarkan kambing golek, Iftar di Rumah Lauk tampil unik dengan Rusa Golek sebagai hidangan istimewa setiap hari. Diperap dengan rempah ratus tradisional dan dipanggang sehingga sempurna, Rusa Golek ini menjadi simbol kelainan serta keberanian jenama dalam memperkenalkan variasi premium yang jarang ditemui dalam bufet Ramadan biasa.
Cabutan Bertuah Bernilai Tinggi
Sebagai penghargaan kepada para pelanggan, pihak penganjur turut menyediakan cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 yang menawarkan Hadiah wang tunai, emas serta Pelbagai hadiah menarik lain. Inisiatif ini dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung sepanjang bulan Ramadan.
Dari Kilang ke Pasaran Antarabangsa
Marvelous Mama Sdn Bhd merupakan pengeluar makanan sejuk beku sedia dimakan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Antara produk eksport utama termasuk Rendang,Lemang Durian, Ketupat Palas, Daging Dendeng, Sata Ikan & Ayam, Acar Ikan Talang dan lain2. Produk-produk ini kini dieksport ke Dubai dan London, dengan perancangan pengembangan pasaran ke negara-negara lain dalam masa terdekat. Sata ikan dan ayam keluaran Marvelous Mama khususnya mendapat pujian ramai atas keenakan rasa, keseimbangan rempah serta keaslian resipi tradisi yang dikekalkan. Lemang durian dan serawa pastinya menjadi hidangan istimewa di aidilfitri ini.
Mengenai Marvelous Mama Sdn Bhd
Marvelous Mama Sdn Bhd ialah syarikat pengeluaran makanan sejuk beku sedia dimakan yang memfokuskan kepada masakan tradisional dan warisan Malaysia. Dengan kejayaan eksport ke Dubai dan London serta perancangan peluasan pasaran global, syarikat ini komited membawa cita rasa kampung Malaysia ke pentas antarabangsa — tanpa mengorbankan keaslian rasa.
Tempahan & Pertanyaan:
Mohd Aqil
📞 013-277 7922 (Tempahan Korporat)
013-277 7244 (Tempahan Biasa)
