SHAH ALAM, 18 Mei 2017 – Ramadan adalah di antara bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana pelbagai fadilat yang terkandung di dalamnya.
Selain memberi tumpuan kepada ibadah, berpuasa, bersedekah dan mendekatkan lagi diri dengan Maha Pencipta, Ramadan juga adalah waktu meluangkan masa bersama-sama keluarga atau orang tersayang untuk berbuka puasa atau iftar.
Tahun ini, INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam sekali lagi menawarkan variasi juadah berbuka sempena Ramadan dengan harga yang berpatutan kepada pelanggannya.
Sesi berbuka puasa yang dinamakan “Iftar@INTEKMA” kali ini akan diadakan di khemah besar ‘Marquee Tent’ yang baru dibina.
Khemah besar itu yang kini mendapat permintaan tinggi sebagai lokasi acara dan perkahwinan mampu memuatkan sehingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu dalam satu-satu masa.
Khemah besar itu mula dibuka sejak September 2016 dan berada di tengah-tengah kawasan INTEKMA serta dibina berhampiran Dewan Sri Bestari dan kolam renang.
Sesi berbuka puasa sentiasa meriah di INTEKMA kerana mendapat sambutan yang menggalakkan serta menunya yang pelbagai. Kali ini, suasana baru di khemah besar itu juga akan dilengkapi dekorasi dengan elemen tradisional seperti lampu minyak antik, kain sarung, pelbagai buah-buahan dan bunga-bungaan tempatan termasuklah motif batik Mega Mendung.
Tetamu yang datang berbuka puasa juga pastinya akan terkenang semula nostalgia zaman silam di mana ketika itu semuanya lebih mudah dan asas seperti yang disampaikan di dalam karya seni lukisan oleh Puan Mastura Abdul Rahman, 54 yang berjudul “Malam Larut 2”.
Karya Puan Mastura dipilih menjadi inspirasi untuk menghiasi khemah besar itu sepanjang bulan Ramadan. Beliau yang terkenal dengan lukisan berskala besar dan karya yang mengetengahkan subjek menarik daripada pengalaman hidupnya juga mempamerkan karyanya di galeri seni, Segaris Art Center, Publika yang juga merupakan anak syarikat UiTM Holdings Group of Companies.
Sesi iftar@INTEKMA akan bermula 28 Mei sehingga 24 Jun 2017 bagi memudahkan pelanggan mendapatkan juadah berbuka puasa.
Lebih daripada 70 jenis hidangan boleh didapati di INTEKMA. Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kawah, Nasi Briyani, Pindang Ikan dan Sotong Masak Hitam.
Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang dimasak segar daripada stesen masakan secara langsung.
Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Agar-Agar Pandan, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan lagi hidangan.
Encik Melvin Benedict Jipiu, Pengurus Besar INTEKMA Resort & Convention Centre berkata: “Salah satu benda yang terbaik mengenai iftar@INTEKMA ialah hidangannya yang lazat yang bakal mengimbau memori manis ketika zaman kita membesar dahulu. Bukan sahaja anda mempunyai pelbagai pilihan makanan tetapi harga buffetnya juga amat berpatutan. Dapatkan hidangan yang enak ini dengan harga bajet. ”
Harga buffet adalah RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM45 setiap satu.
Raikan Ramadan anda bersama orang tersayang di Iftar@INTEKMA!
Untuk maklumat lanjut mengenai buffet Ramadan:
sila hubungi: 03-55225009/ 5001 / 5104 / 5106 / 5222 / 5066
Website : www.intekmaresort.com.my
Hotline :+603 5522 5000
Instagram : @intekmaresort
Twitter : @intekmarcc
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre
Official Hashtag : #iftarintekma