KUALA LUMPUR, 17 Jun 2024 – Program Qurban Perdana 2024 anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) disasarkan untuk membuat agihan sekitar 30,000 kilogram daging korban segar kepada kira-kira 120,000 penerima di dalam dan luar negara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Program tahunan kelolaan IKHLAS Qurban, salah satu perkhidmatan berlandaskan gaya hidup Islam yang ditawarkan oleh platform sehenti ikhlas.com itu turut menerima permintaan tinggi terhadap lembu sado seberat antara 800 hingga 850 kilogram seekor untuk ibadah korban tahun ini dengan keseluruhan tempahan sebanyak lapan ekor berbanding lima ekor pada tahun lalu.
Lapan ekor lembu sado yang telah disumbangkan adalah daripada baka Chevrolet seberat sekitar 1,500 kilogram (kg) dan lembu-lembu yang dipilih adalah seberat sehingga 1.5 tan yang disumbangkan oleh Ikhlas.Com Travel & Umrah Sdn Bhd sebagai korban untuk Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam pada Isnin ini.
Kesemua lembu sado tersebut telah diagihkan ke beberapa lokasi antaranya Masjid Ibnu Mas’ud Kuala Lumpur, Masjid Jamek Tan Sri Jalil Hassan Pasir Gudang, Johor Bahru, Masjid At-Taqwa Kampung Melayu Subang, Selangor, Jabatan Pendidikan Terengganu untuk agihan daging korban untuk golongan asnaf di MAIDAM dan Pulau Redang serta Rejimen 31 Askar Diraja (RAD) Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor.