(SEMASA) INNERSHINE® DAN TV3 SANJUNGI WANITA

Spread the love

EZA_3160

Minuman kecantikan kesukaan ramai InnerShine® berganding bahu dengan TV3 menerbitkan 8 episod selama 30 minit setiap satu, bertajuk “Terima Kasih, Sayang” yang merakamkan penghargaan terhadap wanita yang telah banyak berjasa dalam kehidupan individu-individu tertentu.

EZA_3165

Rancangan ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita – sama ada mereka adalah seorang isteri, ibu, saudara atau rakan yang banyak memberi sokongan moral ketika kita mengharungi situasi pahit atau manis dalam rutin seharian dan juga detik-detik bermakna dalam pengalaman hidup kita.

Rancangan realiti tersebut menyorot kisah wanita istimewa yang telah memberi impak dan mempengaruhi hidup seseorang secara positif. Setiap episod mengupas pelbagai situasi yang dialami oleh orang ramai dan juga selebriti tempatan. Watak yang ditampilkan dalam setiap episod akan mengambarkan peranan seorang wanita yang disanjunginya itu dan melakukan rutin sehariannya yang suntuk.

Tiga daripada episod “Terima Kasih, Sayang” mengetengahkan selebriti terkenal iaitu Sharifah Aleya dan adiknya, Sharifah Amani; pelakon Hisyam Hamid bersama isteri tersayang serta ibu kepada dua anak mereka; dan Fizo Omar bersama isterinya, seorang usahawan yang dinamik.

“Terima Kasih, Sayang” akan disiarkan pada setiap Jumaat pada jam 6.00 petang di saluran TV3 bermula 28hb Mac 2014.

“Terima Kasih, Sayang” meraikan kekuatan dalaman serta keanggunan wanita, selaras dengan slogan kata InnerShine® yang baru, iaitu “Anda yang Teristimewa”.

“InnerShine menyanjungi sumbangan wanita yang mempengaruhi dan memperkayakan hidup masyarakat umum melalui keprihatinan dan dedikasi terhadap ahli keluarga tanpa mengabaikan kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka, InnerShine® bekerjasama dengan TV3 untuk berkongsi kisah-kisah sebenar yang memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada kaum wanita di Malaysia,” kata Carmen Liew, Pengurus Pemasaran Cerebos, ketika di majlis pelancaran rancangan tersebut.

 

“Rancangan ini juga memberi peringatan khusus kepada kaum lelaki untuk menghargai dan menyanjungi isteri dan ibu mereka, bak kata pepatah, di belakang setiap lelaki yang berjaya adanya seorang wanita yang hebat,” tambah Liew.

Demi menggalakkan penonton rancangan ini menunjukkan penghargaan yang lebih terhadap wanita tersayang dalam hidup mereka, “Terima Kasih, Sayang” memberi peluang kepada penonton seluruh negara untuk mengambil bahagian dalam peraduan berkongsi kisah peribadi tentang wanita yang disanjungi mereka. Dengan hanya menghantar penyertaan dan coretan kisah bersama jawapan kepada 8 soalan yang dikemukakan sepanjang 8 minggu itu, anda berpeluang memenangi gelang berjenama edisi terhad serta hamper produk daripada InnerShine®.

Majlis pelancaran “Terima Kasih, Sayang” diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, dengan dirasmikan oleh Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd serta Puan Fatima Mustafa, Pengurus Besar, Kumpulan Khidmat Pelanggan, TV3.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan “Terima Kasih, Sayang”, dapatkan pek “Terima Kasih Sayang” InnerShine® yang dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6-botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12-botol. Untuk lebih nilai, pilihlah pek 2 x 12 botol yang dijual pada hanya RM85.00.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Prihatin Pelanggan BRAND’S di talian 1-300-228-300, atau dengan melayari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *