HABIB hari ini meraikan hubungan cinta abadi berlian di pelancaran Pesta Berlian HABIB di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Kempen tahunan ini juga adalah sebagai satu cara HABIB meraikan berlian sebagai batu kelahiran bulan April.
Acara yang dinanti-nantikan oleh HABIB kali ini berbeza dari tahun sebelumnya kerana ia dilancarkan dalam suasana keajaiban bersesuaian dengan konsep atau tema yang berlatar belakangkan cerita dongeng klasik barat dengan slogan “Happily Ever After” atau “Kebahagiaan Abadi”. Ianya bersesuaian dengan berlian sebagai salah satu objek yang sering dikaitkan dengan cinta yang kekal abadi dimana berlian juga sering digambarkan sebagai salah satu impian keajaiban yang sentiasa didambakan. Slogan untuk Pesta Berlian HABIB iaitu “Happily Ever After” juga bertepatan dengan slogan umum HABIB “Gift of Happiness”.
Potongannya yang memukau, kejernihannya yang cemerlang dan warnanya yang gemilang, tidak hairanlah mengapa berlian menjadi realiti dalam dambaan fantasi setiap wanita seantero dunia! Dalam kisah dongeng klasik barat juga tidak terkecuali, seperti yang digambarkan dalam visual kempen Pesta Berlian HABIB tahun ini yang menceritakan kisah seorang Puteri yang sedang mencari cinta, dan Putera menawan yang ingin memenangi hatinya. Kesudahan kisah cinta ini diakhiri dengan kedua-dua Putera dan Puteri bersatu dalam sebuah istana bertatah berlian.
HABIB telah membina reputasi sebagai jenama barangan kemas yang dipercayai di Malaysia dengan 57 tahun pengalaman dalam industri barang kemas. HABIB menawarkan rekaan barangan kemas bertaraf dunia dan hasil pertukangan yang bernilai tinggi pada harga berpatutan. Di Malaysia, HABIB adalah satu-satunya jenama barangan kemas yang meraikan Ratu permata iaitu berlian dalam keseluruhan bulan April, menjadikan HABIB jenama pilihan yang sentiasa mengetengahkan dan mempamerkan pelbagai koleksi berlian terkini yang menawan selain berkongsi secara terbuka mengenai berlian bagi membolehkan pelanggan membuat keputusan yang tepat apabila membeli barang kemas berlian.
Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Urusan Habib, berkata, “Pesta Berlian HABIB telah diraikan sejak 16 tahun yang lalu dan ianya adalah sesuatu amat membanggakan bagi kami. Setiap tahun, kami mempersembahkan konsep atau tema yang berbeza dan tahun ini kami mengambil keputusan untuk mempersembahkan tema yang memberi tumpuan kepada kebahagiaan yang juga merupakan sebahagian daripada slogan umum baru kami, iaitu The Gift of Happiness.”
Antara koleksi yang diperagakan semasa pertunjukan fesyen adalah koleksi ‘Berlian’ Bloom, iaitu rekaan terbaru daripada koleksi ‘stackable ring’ atau cincin bertindih oleh HABIB. Selain itu, set gelang berlian dan cincin berlian ‘Enchanted’ HABIB, koleksi baru yang diilhamkan oleh ilustrasi gelombang ajaib dalam kisah dongeng klasik juga diperagakan. Tidak ketinggalan, kemunculan sulung koleksi “Aerial” iaitu koleksi terbaru dari jenama ‘Hearts On Fire – The Most Perfectly Cut Diamond In The World’, yang diedarkan secara ekslusif di HABIB. Peragaan barang kemas pada pertunjukan fesyen tersebut telah memukau dan mempesonakan tetamu kerana kilauan berlian HABIB yang bersinar gemilang.
Acara pelancaran Pesta Berlian HABIB itu juga telah diserikan dengan kehadiran Selebriti tempatan yang turut memperagakan barangan kemas berlian HABIB dan ‘Hearts On Fire’. Mereka adalah, Deborah Henry, Sheila Rusly, Siti Saleha, Yasmin Hani, Adeline Tsen, Harris Baba, Ryzal Jaafar, Dato ‘Aznil Haji Nawawi, Fizz Fairus, Miera Liyana, Christina Suzanne dan Dynaz Mokhtar.
“Apabila seseorang membeli barang kemas berlian dari HABIB sebagai hadiah mahu pun untuk diri sendiri, sama ada ianya sebentuk cincin berlian ataupun hanya sepasang subang berlian yang ringkas; ia pasti membuat penerima hadiah sangat gembira dan kami ingin menjadi sebahagian daripada saat manis itu. Kami berharap acara tahunan ini akan membantu menjelaskan pelbagai persoalan yang bermain difikiran apabila seseorang ingin membeli berlian. Sama ada untuk pelaburan atau sebagai perhiasan peribadi, kami ingin berkongsi ilmu yang kami ada tentang berlian dengan pelanggan-pelanggan kami dan memberi khidmat perundingan yang telus untuk membantu pelanngan kami membuat keputusan yang tepat apabila membeli berlian, “kata Dato ‘Sri Meer Habib lagi.
Pesta Berlian HABIB yang berlangsung dari 1 hingga 30 April 2015 menawarkan pelbagai pilihan dengan diskaun sehingga 70% untuk barangan kemas berlian, berlian bersijil pada harga yang terendah dan sebarang pembelian barang kemas dengan nilai minimum RM500 boleh melayakkan pelanggan mendapatkan seutas gelang mutiara pada harga RM38 sahaja
Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan impian fantasi anda satu reality hanya di Pesta Berlian HABIB 2015 pada April ini. Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Komunikasi Pemasaran HABIB di 03 4252 2777 atau layari www.habibjewels.com.