(SEMASA) JAKEL MEMBAWA 80 ORANG PEMENANG MENUNAIKAN IBADAH UMRAH

Spread the love

JAKEL membawa 80 orang rakyat Malaysia untuk memenuhi hasrat menunaikan ibadah Umrah dalam usaha menyumbangkan semula kepada pelanggan setia JAKEL dalam sebuah majlis ringkas penyerahan mock-up cek kepada Tabung Haji bagi meraikan 80 pemenang Hadiah Eksklusif Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017.
Penganjuran majis ni adalah lanjutan darpada Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017 yang diadakan pada kempen Jualan Akhir Tahun 2016 sehingga bulan Mei 2017 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Jakel memberikan kelainan pada edisi kempen Jualan Akhir Tahun 2016 yang lepas dengan mengadakan PERADUAN BELI & MENANG untuk memberi peluang kepada pelangzan setia Jakel memenangi hadiah pakej ibadah UMRAH yang julung kalinya diadakan selain menawarkan hadiah lain berupa wang tunai pada setiap minggu.

Penyertaan peraduan ini menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1000 dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran.

Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 26 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia

Perlaksanaan penganjuran kempen peraduan ini adalah salah satu alternatif bagl Jakel untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentisa perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu, Jakel menggunakan me dium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan kepada para pelanggan dengan berkongsi semula keuntungan tersebut kepada pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunalkan Umrah, dimana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel secara keseluruhannya. Memandangkan majoriti pembell di Jakel merupakan bangsa melayu dan beragama islam ini menjadikan Jakel ingin membantu membawa pelanggan mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu juga, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelangganya, selain menunjukkan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, kempen ini telah mendapat respon yang sangat positif dan sangat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan yang sangat ramai daripada para pelanggan Jakel di seluruh Malaysia. Pemenang-pemenang ini telah dipilih dengan menggunakan mekanisme cabutan hadiah. Penganjuran majlis ini juga membuktikan bahawa kempen Peraduan Beli & Menang di Jakel adalah satu peraduan yang telus dan tidak hanya sekadar nama sahaja kerana harl ini Jakel telah berjaya mengumpulkan kesemua para pemenang Hadiah Eksklusif Pakej Menunalkan Ibadah Umrah

“Pemenang Umrah meliputi dari seluruh negeri di Malaysia. Saya dimaklumkan ramai antara pemenang berasa terkejut dan bersyukur dengan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan dengan hadiah kemenangan yang diberikan bahkan ada yang tidak menyangka bahawa mereka memenangi hadiah menjadi tetamu Allah. Sebagai makluman kempen ini adalah bagi menzahirkan penghargaan kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan Jakel sentiasa mencari peluang untuk memberikan nilal yang lebih baik kepada para pelanggan kami melalui produk dan perkhidmatan yang menarik atau program ganjaran seperti ini,” tambah beliau Bagi menjadikan urusan ibadah umrah ini berjalan dengan lancar dan membantu para pemenang melakukan ibadah ini dengan sempurna, Jakel bersama dengan Tabung Haji Travel Sdn Bhd akan memastikan pengurusan para jemaah Malaysia di Mekkah diuruskan dengan baik.

Bagi mempermudahkan urusan ibadah umrah bagi kesemua para pemenang, Tabung Hajl Travel telah membahagikan para pemenang kepada dua kumpulan rombongan yang mana setiap kumpulan akan disertai oleh 40 orang. Kumpulan pertama bakal berlepas ke Mekkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 19 sehingga 29 November 2017. Manakala kumpulan kedua yang disertai 40 orang juga akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 22 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Ahmad Suhaimee bin Ismail; Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Travel bersama warga kerja Tabung Haji Travel yang lain.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *