(SEMASA) Johnson & Johnson dan KPJ bekerjasama untuk didik ibu bapa baru tentang Science of SensesTM

Spread the love

Photo 7

Johnson & Johnson melancarkan kempen terbarunya – So Much More™ untuk mendidik ibu bapa Malaysia tentang amalan semasa mandi yang mengoptimumkan perkembangan otak si manja mereka. Hasil penyelidikan daripada Science of SensesTM menunjukkan bahawa keseimbangan antara satu amalan biasa dan rangsangan kepada deria dapat menggalakkan dan mencorakkan perkembangan otak bayi. Proses pembelajaran otak dipertingkatkan apabila berbilang deria dirangsangkan, berbanding dengan penggunaan hanya satu deria. Pada hakikatnya, kempen ini mendorong ibu bapa menjadikan masa mandi masa yang berkualiti, dipenuhi dengan rangsangan berbilang deria untuk memupuk keupayaan bayi untuk belajar, berfikir, berkasih sayang dan membesar.

Photo 5

Untuk menjayakan kempen ini, Johnson & Johnson bergabung tenaga dengan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri untuk mengubah persepsi terhadap masa mandi, iaitu daripada masa untuk melakukan satu tugas biasa kepada masa untuk menimba pengalaman mesra yang sangat bermakna. Menerusi kerjasama dengan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkenal ini, ia berhasrat untuk menyedarkan dan mendidik ibu-ibu tentang pendekatan baru dalam penjagaan bayi dan mengoptimumkan perkembangan otak si manja.

Photo 6

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, berkata, “Kita semua tahu bahawa kanak-kanak adalah tunggak masa depan kita. Mereka akan mewarisi nilai-nilai, aspirasi dan warisan nenek moyang kita. Oleh itu, peranan ibu bapa penting dalam membentuk generasi masa depan kerana setiap tindakan yang diambil hari ini akan membawa kesan pada hari esok. Pengetahuan mereka mengasuh dan membesarkan anak-anak pasti mempengaruhi kualiti rakyat Malaysia. Kempen So Much More diadakan tepat pada masanya. Apabila kita melangkah maju sebagai sebuah negara dan perjalanan hidup kita semakin pantas, kita semakin bergantung kepada teknologi untuk memikul dan menunaikan tanggungjawab harian kita, termasuk membesarkan anak-anak. Pergantungan secara keterlaluan kepada alat digital boleh menjejaskan kualiti interaksi secara bersemuka antara ibu bapa dan anak-anak. Disokong oleh hasil penyelidikan saintifik, Science of the SensesTM berupaya untuk mempengaruhi asuhan positif yang membabitkan interaksi secara langsung, bermula dari sesuatu yang mudah seperti amalan masa mandi dan aplikasi rangsangan berbilang deria.”

Photo 8

Dalam usaha merintis jalan untuk menjamin penjagaan bayi secara berkesan, Johnson & Johnson telah menjalankan penyelidikan secara mendalam dalam Science of SensesTM untuk menggalakkan perkembangan bayi yang ceria dan sihat. Banyak hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa rangsangan berbilang deria penting dalam tiga tahun pertama untuk perkembangan laluan neural yang menyokong komunikasi, kefahaman, perkembangan sosial dan kesejahteraan emosi. Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat, dan pengalaman ini akan menentukan sinaps untuk dikekalkan. Rangsangan berbilang deria – iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar, dan dilihat oleh bayi – membantu memupuk kelangsungan jangka panjang sambungan sinaps.

Infographic. Science of the Senses. The Power of Smell and Touch.

  • Sentuh: Bayi yang biasa mendapat sentuhan dan belaian ibu bapa atau penjaga yang penyayang adalah 50% lebih berkemungkinan membuat hubungan mata dan mempunyai ekspresi positif secara keseluruhan (senyuman, pandangan mata).
  • Bau: Bau yang lazim, seperti bau ibu, menambah baik mood, ketenangan dan kecerdasan. Malah, hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang dimandikan dengan produk mandian berbau harum memperlihatkan 30% lebih keupayaan untuk bermesra dengan ibu bapa mereka selepas mandi dan mengurangkan hampir 25% masa menangis sebelum tidur.
  • Dengar: Bercakap berulang kali dengan bayi semasa mandi boleh membantu perkembangan bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa bayi yang lebih kerap diajak berbual mempunyai kosa kata lebih luas apabila mencapai usia 24 bulan.
  • Lihat: Bayi bertindak balas kepada rangsangan visual dan menunjukkan pemprosesan neural yang dipertingkatkan apabila dipandang terus atau diberi tumpuan perhatian. Ini adalah koordinasi mata-tangan dan kemahiran pengamatan yang penting untuk perkembangan sosial.

Stuart Crabb, Pengarah Negara Kumpulan Runcit, Johnson & Johnson Malaysia, berkata, “Johnson & Johnson telah mempelopori sains dan menetapkan piawaian global dalam penjagaan kulit bayi selama lebih 120 tahun. Kami berpegang kepada warisan bahawa setiap produk Johnson & Johnson dicipta khusus dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan bayi dan menepati piawaian BEST FOR BABY™ kami, yang disokong oleh sains. Penyelidikan adalah aspek penting perniagaan kami kerana ia meluaskan sempadan sains untuk merintis kemungkinan baru dalam menambah baik penjagaan bayi – sama ada menerusi kefahaman proses perkembangan bayi atau tingkah laku ibu bapa. Pada hari ini, kami membawa komitmen kami ke satu tahap lagi dengan berkongsi hasil penyelidikan kami dengan rakyat Malaysia untuk menambah baik usaha mengasuh generasi masa depan.”

Sehingga 85% daripada perkembangan otak bayi dicapai menjelang usia tiga tahun. Oleh itu, setiap pengalaman yang dilalui sehingga usia ini membantu pembentukan otak bayi. Johnson & Johnson mengarahkan tinjau selidik Global Bath Time untuk menambah baik kefahaman tentang jiwa dan tindakan ibu bapa dalam mengasuh bayi mereka. Ia mendedahkan jurang pengetahuan di kalangan ibu bapa Malaysia dalam penjagaan bayi:

  • Hampir 1 dalam setiap 2 ibu bapa di Malaysia (48%) bersetuju bahawa alat mudah alih selalu mencuri tumpuan perhatian mereka daripada anak mereka. Bagaimanapun, masa mandi adalah detik keemasan untuk meluangkan masa berkualiti bersama dan 70% daripada ibu bapa berkata bahawa mereka jarang atau tidak pernah menggunakan alat mudah alih mereka.
  • Manakala 94% daripada ibu bapa berpendapat bahawa kepentingan masa mandi bukan sekadar untuk membersihkan badan dan menjalin ikatan hubungan, hanya 30% mengaitkannya dengan perkembangan otak.
  • Selain itu, hanya 23% daripada ibu bapa memahami bahawa belaian bayi adalah sangat penting kepada perkembangan otak mereka manakala 45% berkata mandi adalah sebahagian daripada amalan masa tidur.
  • Infographic. The Power of Bath Time

Dalam usaha merapatkan jurang ini, kerjasama antara Johnson & Johnson dan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri membolehkan penambahbaikan kemudahan penjagaan neonatal (bayi baru lahir) di hospital, latihan untuk kakitangan neonatal dan pendidikan di kalangan ibu-ibu baru tentang Science of the SensesTM. Dengan peluang untuk menggunakan deria bau, sentuh, lihat dan dengar, pakatan ini menumpukan kepada masa mandi sebagai taman permainan berbilang deria yang menawarkan peluang kepada ibu bapa dan bayi untuk berhubung mesra dan menjalin ikatan kasih sayang.

Eksekutif KPJ Healthcare berkata, “Kami teruja kerana dapat berganding bahu dengan perintis dan penggerak dalam industri penjagaan bayi untuk menambah nilai kepada ramai ibu baru di 25 hospital kami di seluruh negara. Pakatan kerjasama unik ini, antara Johnson & Johnson dan KPJ Healthcare Berhad/Ampang Puteri, membawa pengalaman kami dalam penjagaan bayi dan neonatal ke tahap baru dengan menyemaikan bibit-bibit amalan masa mandi yang betul kepada ibu-ibu sejak dari mula lagi. Dengan kemudahan baru ini, kami mengubah konsep mandi sebagai pengalaman intim, berbilang deria untuk ibu-ibu baru dan si manja mereka.”

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *