(SEMASA) Julie’s Mengoptimumkan Pasaran Dunia – Eksport ke 100 buah Negara dalam masa 5 tahun

Spread the love

IMG_3837

Julie’s fokus ke pasaran dunia dan ingin mengukuhkan kedudukan dengan mengeksport ke 100 buah negara dengan keyakinan untuk mencapai perolehan sebanyak RM500 juta menjelang tahun 2020, berdasarkan prestasi jualan yang semakin memberangsangkan.

 (JULIEs enpanding global market)JULI'S20150417ET2G2794

Baru-baru ini, coklat jenama Hershey’s yang terkenal di Amerika Syarikat telah memilih dan bekerjasama dengan Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd untuk menghasilkan 6 variasi biskut terbaru yang bersalut “dark chocolate” Hershey’s.  Kini biskut Julie’s Hershey’s sudah berada di 10 buah Negara ASEAN dan termasuk di Taiwan dan Mongolia.

Tahun ini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, pemasaran dari Julie’s secara peribadinya akan memberi lebih tumpuan dan menyerbu ke dalam pasaran ASEAN secara agresif untuk memastikan bahawa tahun ini kadar pertumbuhan perolehan adalah sehingga 15-20%.

Pengarah Perfect Food Manufacturing, Encik Martin Ang, mendedahkan kepada media, yang masa dalam tempoh lima tahun ini Julie’s dengan bangga mengikuti jejak langkah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan tanpa berhenti mengambil bahagian dalam ekspo di dalam dan luar Negara bagi mempromosikan kesedaran jenama Julie’s ke peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, Julie’s telah memenangi anugerah Komitmen Kualiti Dunia (World Quality Commitment Award) di Paris, anugerah Singapore Women’s Weekly Domestic Diva 2015 dan Influential Brands dari Singapura melalui pungutan suara mengundi daripada pengguna. Oleh itu ianya telah membawa peluang perniagaan yang lebih kepada jenama Julie’s .

Beliau menambah, “Julie’s sangat berterima kasih keatas bantuan dan sokongan yang diberikan oleh MATRADE, terutamanya kejadian 2008 melamin. Hanya dalam tempoh 5 tahun, pengiktirafan Julie’s ke pentas dunia dengan reputasi antarabangsa, mengeksport dari 35 negara asalnya kepada lebih 70 buah luar negara hari ini, termasuk ASEAN, Asia Timur, Timur Tengah dan rantau Asia Pasifik, dengan itu syarikat sudah mencapai melebihi satu kali kadar pertumbuhan. “

“Nisbah sumbangan sedia ada Julie’s sebanyak 55:45 di Malaysia dan luar negara, dalam jangka tempoh dua tahun, dan dari perkongsian bersama hasil pasaran luar negara akan meningkat kepada 55%.  Untuk tujuan ini, kami telah mengembangkan strategi pemasaran yang kuat di luar negara, terutamanya ke negara-negara ASEAN, termasuk pembelian jentera untuk meningkatkan produktiviti, penanaman bakat supaya menjadikan Julie’s sebahagian pasaran biskut pengeksport terbesar di dunia. “

“Penekanan kami terhadap jenama Julie’s dari Malaysia semasa di pameran luar Negara, adalah satu kebanggaan kami kerana kami sentiasa memberi kejutan kepada penggemar biskut kami terutamanya warga asing dengan apa yang mereka lihat sebagai sebuah negara yang kecil, Malaysia, juga dapat pengeluaran produk berkualiti tinggi dengan standard antarabangsa, seperti falsafah Julie’s sentiasa menekankan bahawa apa yang kita tidak makan, kita tidak membiarkan orang lain makan, dibuat dengan 100 peratus kasih sayang dan niat kakitangan Julie’s yang setia.”

Beliau menambah lagi, “Kami amat bersyukur kepada penyumbang terbesar kami MATRADE di atas sokongan mereka di mana Julie’s sudah memperluaskan pemasaran ke pasaran asing.  Malah, terdapat banyak industry-industri lain di Malaysia boleh menggunakan platform MATRADE untuk mempromosikan produk ke seluruh dunia di mana produk Malaysia juga setanding dengan jenama asing untuk meningkatkan kesedaran dan meneroka lebih banyak peluang perniagaan.”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *