KakaoTalk, platform sosial mudah alih pertama di dunia mencatat pelancaran rasmi di Malaysia hari ini, menjanjikan para pengguna suatu pengalaman berskala epik. Setelah menempa nama sebagai ‘penghubung pintar’ di negara asalnyaKorea Selatan, KakaoTalk kini menerajui satu revolusi untuk mengubah cara warga Malaysia berkomunikasi merentasi pelbagai platform di dalam ekosistem sosial mudah alih
Selain daripada menghubungkan pengguna KakaoTalk kepada rakan dan ahli keluarga mereka, platform ini juga membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan jenama dan personaliti kegemaran mereka, malah bintang filem dan muzik dalam masa nyata. Disediakan sebagai aplikasi yang boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma, KakaoTalk juga menawarkan antara muka setempat sepenuhnya yang telah dikhususkan untuk telefon pintar berasaskan iOS, Android, Blackberry dan Windows, serta sistem operasi Bada dan aplikasi PC.
“Kami berbangga kerana dapat memperkenalkan platform sosial mudah alih terunggul di dunia, KakaoTalk kepada rakan-rakan kami di Malaysia. Di seluruh dunia, platform unik KakaoTalk aktif menghubungkan rakan perniagaan, pemaju dan pencipta kandungan dengan konsumer dengan cara yang berkesan dan menarik,” kata Sirgoo Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, Kakao Corp.
Beliau menambah, “Melalui penyediaan kandungan berkualiti tinggi dan menarik, dan pembangunan produk serta perkhidmatan inovatif, kami berhasrat untuk memperkukuhkan kedudukan KakaoTalk sebagai platform sosial mudah alih kegemaran ramai di Malaysia dan di seluruh dunia.”
Majlis pelancaran telah diadakan di The Bee, Publika dimana pelbagai persembahan telah diatur dengan membawa konsep “epic together-gether”. Selepas ucapan ringkas daripada co-CEO KakaoCorp, Sirgoo Lee dan Pengurus Negara KakaoTalk Malaysia, Melissa Lee, tetamu diberi peluang untuk menjadi antara orang pertama melihat tayangan previu iklan terbaru KakaoTalk. Tamat sahaja previu, tetamu diarak ke buggy masing-masing dimana mereka dibawa bersiar-siar sekitar Publika untuk menyaksikan sendiri acara-acara “epic together-gether”.
Acara Kakao Talk Buggy Ride memberi kejutan kepada para tetamu dengan persembahan ‘flash mob’, dimana ia menggambarkan cara-cara unik KakaoTalk membawa orang ramai bersama – Lamaran mengejut, komunikasi mesej jarak dengan menggunakan kad, pertunjukan drum, dan persembahan tarian beramai-ramai (dance mob). Sejurus selepas majlis pelancaran tamat, acara diteruskan apabila Vince Chong dan kumpulan tarian, Katoon Network tampil membuat persembahan. Pelawak popular Malaysia, Douglas Lim dan Kuah Jenhan turut serta memeriahkan acara parti tersebut. Sebelum berakhirnya acara penutup, seorang tetamu bertuah, Low Ai Chean berjaya merebut hadiah berupa sebuah kereta jenama Mazda 2 melalui cabutan bertuah selepas beliau memberikan jawapan yang betul kepada soala berkaitan KakaoTalk.
Menawarkan para pengguna satu rangkaian kandungan serta perkhidmatan luas merangkumi pemesejan mudah alih, pemasaran perniagaan, perdagangan, permainan, kandungan digital, fesyen dan muzik, KakaoTalk telah menempa kejayaan di Korea apabila ia berubah daripada perkhidmatan pemesejan mudah alih percuma menjadi satu platform sosial mudah alih inovatif dalam tempoh hanya 4 tahun sahaja. Buat kali pertamanya, perniagaan, pemaju dan pencipta kandungan berupaya untuk berhubung dan berinteraksi secara langsung dengan para konsumer, dalam masa nyata di lapangan sosial mudah alih.
KakaoTalk menawarkan ciri-ciri berikut kepada para pengguna di Malaysia:
Plus Friend
Direka untuk membolehkan para pengguna memilih dan menerima kandungan berdasarkan jenama, syarikat dan personaliti kegemaran mereka, Plus Friend memperluaskan skop perbualan melampaui individu. Plus Friend menawarkan para pengguna peluang untuk berinteraksi dan berhubung dengan personaliti selebriti dan jenama kegemaran mereka, sambil memberikan para pemasar pangkalan pelanggan yang amat tepat. Dengan kira-kira 177 juta pengguna Plus Friend (rakan-rakan) yang didaftar secara global berinteraksi dengan xx jenama dan xx selebriti / personaliti, ciri ini kini berupaya untuk menyokong penggunaan sebagai laman mudah alih korporat. Emoticon
Perkhidmatan emotikon beranimasi pertama dalam industri; Emoticon membolehkan para pengguna meluahkan pemikiran dan emosi mereka dengan ceria melalui karektor beranimasi dalam mesej mereka. Para pengguna boleh memilih untuk menghantar soundcons (emotikon dengan bunyi) yang menggunakan frasa popular daripada program-program TV.
Game
Menyokong sistem operasi Android dan iOS, Kakao Game direka bagi para pengguna untuk bertanding sesama rakan mereka melalui platform KakaoTalk. Pemaju permainan yang menggunakan Kakao SDK bagi membangunkan kandungan untuk para pengguna bakal menerima manfaat daripada platform KakaoTalk.