PULAU PINANG, 10 OKTOBER 2024 – Kehadiran sebuah jenama antarabangsa iaitu Kamax dalam pasaran Malaysia pada tahun ini pastinya bakal menambah rencah persaingan bidang permotoran tempatan. Kamax yang merupakan sebuah jenama motosikal yang diedarkan oleh KTNS Holdings Sdn. Bhd. dengan hasil pencapaian yang cemerlang dalam reka bentuk, R&D dan pengeluaran global telah diperkenalkan dalam Malaysia menerusi pelancaran model Super Pro 125.
Model moped ini membawa pelbagai fungsi spesifikasi terkini dan canggih dengan reka bentuk klasik. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Army Green, Matte Black dan warna edisi khas (SE) iaitu Green. Setiap pembawaan warna tersebut pasti serasi dengan penunggangnya lebih-lebih lagi di atas jalan raya. Kamax Super Pro 125 kini boleh dimiliki dengan harga yang mampu milik bermula RM8,888 tidak termasuk cukai dan insuran di pengedar-pengedar sah KTNS seluruh Malaysia.
Dengan enjin silinder tunggal, 4-lejang BOSCH (EFI) dan sistem penyejuk-udara, model ini turut dilengkapi gerek dan lejang berukuran Ø52.4mm x 57.8mm. Sesuai dengan nilai sesaran 125cc, Super Pro 125 mampu menampung 6.3Kw atau 7,500rp kuasa maksimum dan tork maksimum setinggi 9.3Nm atau 5,000rpm dalam nisbah mampatan sebanyak 9.56:1.
Disertakan sistem ABS pada brek hadapan, moped dari Kamax ini akan meningkatkan kecekapan penunggangan anda khususnya di jalan yang licin. Suspensi hadapan motosikal adalah jenis teleskopik fork hidraulik yang berkemampuan meningkatkan kestabilan penunggang pada setiap perjalanan.
Berbeza dengan model moped biasa, Super Pro 125 dihadiri dengan sistem kunci pintar yang mudah dan taraf keselamatannya lebih terjamin. Paparan meter pada motosikal juga menggunakan teknologi LCD namun masih mengekalkan aura klasik seperti gaya lampu hadapan retro.
Tidak terhenti dengan keistimewaan tersebut, model ini turut dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) yang boleh memantau tahap tekanan tayar motosikal. Perkara ini akan membantu penunggang untuk sentiasa peka terhadap keadaan tekanan tayar yang seterusnya meningkatkan taraf keselamatan tunggangan.
Lebih unik, terdapat ruang simpanan yang berada di sisi motosikal. Cara membuka ruang simpanan tersebut juga mudah dengan hanya perlu menekan butang yang ada pada bawah tempat duduk motosikal sahaja. Kapasiti tangki minyak pula sebesar 3.8 liter yang membolehkan pengisian minyak lebih cepat dan efisien, ideal untuk penunggang harian.
Kamax Super Pro 125 juga menggunakan sistem bahan api yang canggih iaitu EFI atau Suntikan Bahan Api Elektronik yang lebih menjamin kualiti serta prestasi motosikal dengan pembakaran yang lebih cekap.
Sistem pelincir yang digunakan adalah sistem pelinciran percikan yang berfungsi dengan memercikkan minyak ke bahagian-bahagian enjin supaya ia tidak bergesel terlalu kuat. Keadaan ini membantu enjin bergerak dengan lancar dan tidak cepat rosak.
Motosikal ini hanya mempunyai berat 110kg yang memudahkan penunggang mengalihkan atau mengendalikannya. Panjang keseluruhan Kamax Super Pro 125 adalah 1,915mm, lebar 720mm dan tinggi 1,010mm. Jarak roda adalah 1,245mm dan jarak tempat duduk pula 760mm. Dapat disimpulkan model Kamax kali ini didatangi dengan saiz yang sederhana yang sangat sesuai dijadikan kenderaan rutin.
Dengan setiap pembelian mana-mana model Kamax Super Pro 125, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh KTNS Holdings Sdn. Bhd.
TENTANG KAMAX
Ditubuhkan pada tahun 2001, KAMAX Group telah berkembang menjadi salah satu pembekal motosikal terkemuka di China. Jenama ini turut menjadi satu sub-jenama bagi KTNS Holdings Sdn. Bhd. Penjenamaan KAMAX pada tahun 2008 menjadi titik penting dalam sejarah syarikat, menjadikannya terkenal di arena antarabangsa. Hari ini, motosikal KAMAX dikenali di lebih 80 negara, dengan kemudahan pengeluaran moden di China, Peru, dan Myanmar, serta pejabat antarabangsa strategik di Rusia, yang menggambarkan komitmen kepada inovasi dan kecemerlangan di peringkat global. KAMAX juga berbangga menyokong pensijilan EEC & EPA, serta menawarkan perkhidmatan OEM & ODM yang berkualiti tinggi.