JOHOR, 10 OGOS 2025 – Bersempena perasmian Grand Opening Mforce SmartShop Tat Kang Motor Sdn. Bhd., yang merupakan Mforce SmartShop ke-17 di Malaysia dan yang ke-7 di Johor, YADEA Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan YADEA VELAX, skuter elektrik yang padat dengan teknologi moden dan direka untuk keselesaan serta kecekapan penunggang urban masa kini.
Ditawarkan dalam tiga warna menarik iaitu Blue, Black dan Grey, YADEA VELAX dijual pada harga asas RM7,099 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), menjadikannya antara skuter elektrik paling mampu milik dalam kelasnya.
Pemilik YADEA VELAX turut layak menerima rebat sehingga RM2,400 di bawah program MARiiCas yang diperkenalkan oleh MARii dan MITI sebagai inisiatif sokongan kepada kerajaan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan kenderaan berasaskan elektrik. Rebat ini merupakan galakan kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada kenderaan elektrik yang lebih hijau dan mampan.
Skuter ini dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 2,000W dengan kuasa maksimum 3,200W dan tork sehingga 172Nm. Sistem pemacu elektrik sepenuhnya menjanjikan tunggangan yang lancar dan bebas emisi, manakala bateri LFP 72V30Ah menyokong kelajuan maksimum sehingga 62km/jam dan jarak tunggangan anggaran sekitar 105km dengan sekali cas penuh.
Masa pengecasan juga amat praktikal dengan hanya 6 jam diperlukan untuk mengecas dari 0% ke 80% dan sekitar 8 jam untuk pengecasan penuh.
Reka bentuk YADEA VELAX menampilkan ukuran dimensi 1,944mm panjang, 704mm lebar dan 1,097mm tinggi, dengan jarak roda 1,331mm dan kelegaan tanah 145mm. Ketinggian tempat duduk ialah 760mm, sesuai untuk pelbagai jenis penunggang, dan berat motosikal ini ialah 110kg (termasuk bateri) atau 92kg (tanpa bateri).
Bahagian hadapan dan belakang dilengkapi tayar bersaiz 90/90-14 dan 100/90-14 serta rim sport, digandingkan dengan sistem brek cakera CBS di kedua-dua roda, memberikan kawalan membrek yang lebih stabil. Sistem suspensinya terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Lebih menarik, YADEA VELAX dilengkapi dengan penarafan kalis air IPX7 termasuk bahagian motor dan bateri yang membolehkannya beroperasi seperti biasa walaupun berada di dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.
Dengan tayar bersaiz 14 inci di depan dan belakang, skuter elektrik ini juga mampu meredah air sehingga kedalaman 300mm, sekaligus melindungi komponen penting dan memberikan ketenangan kepada penunggang dalam situasi hujan atau jalan basah.
YADEA VELAX turut dilengkapi dengan fungsi gear undur bagi memudahkan pergerakan terutamanya ketika mengundur di kawasan sempit. Untuk pengalaman tunggangan yang lebih fleksibel, model ini menyediakan dua mod tunggangan yang boleh dipilih mengikut keperluan penunggang, iaitu mod ‘S’ (Sport) untuk prestasi maksimum dan ‘E’ (Eco) untuk penjimatan tenaga.
Dari sudut teknologi dan fungsi praktikal, YADEA VELAX dilengkapi paparan meter digital, port pengecas USB Type-A, sistem pencahayaan penuh LED (lampu hadapan, belakang dan isyarat), ciri lampu hazard, suis keselamatan tongkat sisi, ruang penyimpanan hadapan serta ruang bawah tempat duduk. Model ini juga menyokong aplikasi YADEA untuk fungsi pemantauan pintar.
Gabungan harga yang kompetitif, gaya moden dan operasi mesra alam, YADEA VELAX menjadi pilihan ideal untuk penunggang bandar yang mencari alternatif mobiliti pintar dan lestari.
Dengan setiap pembelian YADEA VELAX, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh
