(SEMASA) Kemenangan Lebih Bermakna bersama MASDO di PUBG MOBILE  

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2025 – Buat pertama kalinya, PUBG MOBILE, fenomena permainan mudah alih global, melancarkan kolaborasi mereka bersama kumpulan retro-pop Malaysia, MASDO, ke medan pertempuran! Dari 27 Ogos hingga 30 September, pemain boleh mendapatkan dialog audio (voiceline) dan lagu kolaborasi pertama dalam permainan.

Hayati irama dengan trek pertama kolaborasi ini, “Bertemu Kembali”, yang dilancarkan pada Mac 2025, kini boleh diperoleh secara percuma buat selama-lamanya selepas menyelesaikan misi dalam permainan. Pemain juga boleh memperoleh MASDO Base Edition Voice Pack, yang mengandungi tiga voiceline daripada Ali Sariah, Asmawi, dan Putu Ceri dengan percuma secara kekal.

Seiring dengan pelancaran trek kolaborasi kedua mereka, “Setia Bersamamu”, PUBG MOBILE meraikan semangat persahabatan dengan 20 voiceline eksklusif MASDO. Koleksi ini menzahirkan bagaimana memiliki teman seperjuangan dan rakan sepasukan yang dipercayai mampu memberi perbezaan besar di medan pertempuran. Pemain boleh mendapatkan voiceline ini dengan menggunakan 1 Ocean Crystal bagi setiap cabutan.

Izati Hashim, Pengurus Pemasaran PUBG MOBILE Malaysia, turut berkongsi keterujaannya terhadap kolaborasi ini: “Muzik menyatukan. Begitu juga dengan PUBG MOBILE. Sebab itulah kolaborasi dengan MASDO ini terasa begitu serasi. MASDO membawa pesona klasik yang mampu menghubungkan orang ramai walau di mana sahaja mereka berada, sama seperti permainan ini yang menyatukan rakan-rakan merentasi sempadan serta latar belakang. Kami berbesar hati kerana MASDO menjadi kumpulan Malaysia pertama yang tampil dalam permainan ini. Ia benar-benar momen yang membanggakan.”

Acara ini akan dikemas kini pada 27 Ogos 2025, jam 10 pagi GMT+8 bersama kelengkapan dalam permainan. Saksikan semula muzik video di saluran rasmi YouTube PUBG MOBILE Malaysia dan jangan lepaskan lagu kolaborasi kedua “Setia Bersamamu” di saluran rasmi YouTube Warner Music Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai PUBG MOBILE, sila lawati platform rasmi PUBG MOBILE:

Laman PUBG MOBILE Malaysia Laman PUBG MOBILE ESPORTS Malaysia
●    Facebook: PUBG MOBILE Malaysia ●    Facebook: PUBG MOBILE Esports Malaysia
●    Instagram: @pubgmobilemyofficial ●    Instagram: @pubgmobile.esports.my
●    TikTok: @pubgmofficialmy ●    TikTok: @pubgmobile.esports.my
●    Youtube: PUBG MOBILE Malaysia

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *